Selasa, 31 Januari 2012

Menghitung hari....

semakin hari semakin berdebar2 rase hati aku nih...maklumlah..1st time untuk cube bersalin normal selepas bersalin czer...memang ala2 1st time bersalin la...

Last friday check up for 38week..everything normal..& gynea tambah extra 1 week to wait for normal delivery..so tarikh expected baru yang dgynea bagi 14/2/2012...yess..itu tarikh valentine day..tp aku salu cakap ngan baby ku..tarikh asal 7/2/2012 tu thaipusam..xbest la klua time tu..better baby kua 5/2/2012 sbb nye tu maulidur rasul..bia la xsame tarikh masihi tp tarikh hijrah sama dengan tarikh lahir nabi..:) harap2 baby dengar cakap mama ye..so kite hanya same2 berjuang untuk proses kelahiran normal tanpa paksa:)

Barang-barang baby & kakak aku dah siapkan smue...takut kalut plak hubby nk buat smue tu nanti..beg baby & mama yang nak bawa ke hospital pun dah letak dalam kete mama..takut tetibe baby nak kua time mama kt tempat keje senang terus g hospital..kad hospital da standby dalam beg..

Nak share amalan/doa/ petua mudah bersalin (from google): 

  • Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam --> mentah? oohh tak gamak aku nak telan Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

  • baca Surah Maryam start from 3rd trimester
  • masa dah contraction (dlm labour room) baca doa Nabi Yunus masa terperangkap dlm perut ikan nun (baca ulang2 kalo bleh sampai la bersalin)
“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
  • mintak maaf kat husband, sbb org ckp kalo byk dosa ngan husband susah branak
  • mkn kurma masa pregnant (bulan pose dulu salu la makan..haha)
  • byk berjalan --> btul ka ni, aku pun tatau...tp time2 mcm ni mmg dah tak larat nak jln, sakit urat, sakit blakang..smue la sakit huhu
  • byk2 berdoa kpd Tuhan supaya dipermudahkan utk bersalin nanti
p/s kita hanya berusaha, Allah jgk yg menentukan nanti bila sampai masanya..tp mintak2 la aku dipermudahkan masa bersalin nanti...Aminn..

Khamis, 19 Januari 2012

9 waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak


Selak-selak blog, terjumpa sesuatu yg bagus utuk di kongsi bersama ibu-ibu & bapa-bapa...

Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).


Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
 
Insyallah….Wallahualam



Selasa, 17 Januari 2012

Mungkinkah?????

Sejak dua menjak nih badan makin sakit-sakit, kaki dah mule kejang-kejang..tapak kaki dah start rase bisa-bisa bila pijak..nk berjalan pun rase malas jer sebab badan nih rase macam berat semacam jer..tangan mula rase kebas-kebas...sampai nk gengam pun payah...mungkin kah ini tanda-tanda ari yang di tunggu-tunggu makin tiba...jeng..jeng..jeng..

Masa preggy anak pertama dulu tak pulak rase sakit-sakit macam ni..betul la kate orang..ragam mengandung ni berbesa-besa ikut anak...tp yang penting..janji baby yang bakal lahir nih sihat wal afiat cukup lah...tak kesah la sayang mama sakit janji sayang sihat ok..:)

My Tracking list:

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.





Jumaat, 13 Januari 2012

Alhamdullillah..aku masih bernafas..

Alhamdullillah..syukur ke hadrat illahi..
Aku masih lagi bernafas lagi..
Tanggal 13 Jan...
H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y.T.O.M.E HAHA..

Semalam dapat kejutan dari hubby
So shock...& unexpected..
Da lama tak dapat kejutan dr dia rase nye..hehe
Baby pun seakan mengerti je semalam dok baik2 jer dalam perut  tu..hehe




Rabu, 11 Januari 2012

Permulaan 2012

lame x update blog..baru hari ni tergerak hati nk buka blog....


Permulaan tahun 2012 di mulakan dengan saat-saat berdebar menunggu hari untuk bersalin...minggu ni dah minggu ke-36..2 3 menjak ni Braxton hicks dah mule rase & kerap..risau plak ati ni...untuk melegakan ati yang gundah gulane ni...mula la surfing2 web bace2 blog yg berkaitan dgn ibu mengandung...ni antara yang blog yang best:


  1. http://www.ratuhati.com - join forum die, boleh kongsi pengalaman dgn yg lebih berpengalaman..join kelab...share simptom2 sepanjang kehamilan...macam2 persoalan terjawab...
  2. http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/semasa-kelahiran/161-tanda-tanda-bersalin.html - byk info berguna 
  3. http://nonaku.com
  4. http://www.metromaternity.com/maternity-m.html - yang ni ala-ala info dr private hospital..
  5. http://www.mengandung.com
Byk lagi blog yang share info sebenarnya..kene rajin surfing je la...

Just nak share info pasal tanda-tanda kelahiran untuk panduan akan datang hehe...

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.