Khamis, 26 April 2012

sharing is caring : TAWAS

baru terdengar dari seorang kawan mengenai program ni..Tabung Warisan Anas Selangor (TAWAS) yang di kendalikan oleh kerajaan selangor.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 
Syarat-syarat penyertaan;

Syarat 01

i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008;
iii. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

Syarat 02
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. Ibu dan Bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Selangor minimum 5 tahun. (Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/ Ahli Parlimen/Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).

Syarat 03
i. Warganegara Malaysia, DAN;
ii. Lahir di luar Negeri Selangor (daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur dan Pahang) mulai 1hb Januari 2008, DAN;
iii. *Ibu dan Bapa lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Pahang.(Perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Ahli Parlimen/ Senator/ ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).
*Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa yang bermastautin di daerah Negeri Selangor yang bersempadan negeri lain. Contoh:- Selangor- Negeri Sembilan, Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur) dan Selangor-Pahang.

Jadi, sesiapa yang berkelayakan, jom la menyertainya...tak ada rugi kalo sertai..ungtung lagi..hehe

 


Rabu, 25 April 2012

Sharing is caring : Perihal susu ibu

Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)

Membaca cerita motivasi macam ni membuatkan diri ni semangat untuk berusaha lebih gigih untuk memperbanyakan susu ibu...

Sedikit perkongsian mengenai susu ibu ...........
Jadual simpanan perahan susu ibu (EBM)


Tempat
Bayi matang @ cukup bulan
Bayi pra-matang @ tidak cukup bulan
Suhu bilik

4-8 jam
Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian bawah)
48-72 jam
24 jam
Peti sejuk 1 pintu (bahagian pembeku)
Tidak disyorkan
Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian pembeku)
3 bulan
3 bulan
Peti sejuk pembeku (-20c)

6 bulan
6 bulan


  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan
  • Letakkan perahan susu ibu (EBM) yg disejukbeku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman agar ia cair
  • Rendam bekas berisi EBM di dlm bekas yang mengandungi air suam
  • EBM tidak boleh dididih atas dapur atau di dalam ketuhar gelombang mikro utk tujuan mencairkan atau memanaskan kerana ia akan menyebabkan khasiat susu ibu hilang
  • Periksa kepanasan EBM dgn menitikkan pd lengan
  • Berikan EBM kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil utk menggelakkan berlakunya keliru puting
  • Setelah EBM dipanaskan, susu tersebut perlu digunakan dalam masa 1 jam
  • Baki EBM yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini

Kelebihan susu ibu;
  • Memantapkan Sistem Imunisasi
  • Kaya Dengan Nutrisi
  • Omega-3
  • Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Air Susu Ibu Menentang Kanser
source: http://duniasusuibu.com/kebaikan-susu-ibu/susu-ibu-sebatian-ajaib/

Isnin, 23 April 2012

Fakta tentang Ka'abah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 
"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang dan anak soleh yang mendoakannya"
 Dari Riwayat Muslim

terbaca di satu blog and SubhanaAllah! just nak share dengan anda semua, InsyaAllah dapatlah pahala dari perkongsian ilmu ini. selamat membaca semua!
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Selasa, 17 April 2012

Kucar kacir....

cuti berpantang macam-macam terjadi di ofis
boss ku resign..change management..
dan aku..re-deploy...dah 3 week report duty but not confirm yet mane parmanent place
ooo myyyy...stress la kadang-kadang fikirkan..
tapi ku gagahi juga dengan semangat membara untuk explore bidang baru..
harapan ku moga aku berjaya menempuh tempoh re-deploy ini..
campak lah aku di mana-mana pun..insyaallah aku pasti survive..

chaiyok..chaiyok!!!

Selasa, 10 April 2012

Kehidupan baru...

Erm..dua bulan berpantang meninggalkan blog nih...

So, memperkenalkan..my new girl in house...Iris Qaireena di lahirkan pada 2 Feb 2012 seberat 3.2kg



Si kakak sangat sayang adiknye..kalo bole stiap mase nak peluk cium adik..naik rimas si adik..




Alhamdullillah bertambah ahli rumah..
kehidupan sedikit berubah..melayan ragam anak-anak..
penat memang penat..tp kerana tanggungjawab..ku gagahi juga..
begitu la ibu-ibu kite rase dulu..
bila dah ade anak sendiri baru la mengerti perasaan seorang ibu...