Rabu, 20 Mac 2013

1st time dapat PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27


Just nak story sikit pasal pengalaman 1st time pergi sesi PAC untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Memang tak sangka dapat panggilan ke PAC ni...sebenarnya dah putus harapan untuk masuk ke sektor awam ni... 


Sebelum dapat PAC ni, kena hadir dulu peperiksaan. Jika berjaya baru akan di panggil untuk PAC pulak. Jika lulus PAC, baru lah akan dipanggil temuduga pulak.Dalam surat panggilan katenye ade dua sesi PAC..?????

 Sekarang nie bukan senang nak masuk kerja kerajaan, semakin susah nampak gayanya. Persaingan pun terlalu senget. cuba bayangkan statistik untuk jawatan ini shj :


Permohonan : 40k lebih


Berjaya di panggil peperiksaan : 2k lebih


Berjaya ke PAC : 1k lebih


Kekosongan : 84 org shj


simpanan : 70 org


okay..untuk PAC hari tu aku dapat di Rumah Seri Kenangan Seremban (Rumah Orang-orang tua). Jadual aktiviti seperti kat bawah ni;



sesi pendaftaran


ada dua pendaftaran


dengan JKM - serahkan borang profil I JKM,borang profil II JKM borang akuan 


dengan SPA- borang profil SPA & sijil diploma/ijazah


Sebelum aktiviti bermula, satu taklimat & tayangan video mengenai Jabatan Kebajaikan Masyarakat (JKM) ditayangkan.


Aktiviti


Menjawab soalan Pshychology sebanyak 185 soalan daripada pihak SPA dalam masa 40minit. jawab secepat mungkin. Tak payah pikir bagai sebab semua soalan pasal diri kita.


Tips:soalan berulang-ulang. Mungkin salah satu sebab nya nak tengok pendirian kita, betul ke kita jawab jujur.


Selepas Jawab peperiksaaan, dapatkan nombor kumpulan memasing untuk aktiviti.


Aktiviti

Lawatan. Akan di bawa melawat penghuni Warga Emas di situ. Segala tingkah laku akan di nilai mulai saat ini. Pepandai la korang layan warga emas di situ. Jangan rasa malu, takut atau geli untuk melayan orang tua yeaaa... Sedih aku tengok warga tua kat situ, but alhamdulillah.. masih ada tempat perlindungan di situ.Tapi majoriti, suka duduk situ daripada duduk dengan keluarga.


Lepas minum pagi


Aktiviti


akan di beri satu contoh kajian kes. Kena kaitkan kajian kes tersebut dengan peranan-peranan JKM dan sebagainya. If ada agensi yang lain terlibat boleh terangkan sekali. Pastikan korang cuba bercakap even tak tahu apa peranan JKM.


Makan Tengahari dan Solat Zuhur


Dapatkan semula nombor kumpulan yang baru pulak



Aktiviti


Penyelesaian Masalah. Ada contoh keratan akhbar. buat perbincangan dan menyelesaikan masalah tersebut secara professional.


(tips : buatlah seperti stimulasi meeting)


Minum Petang


Aktiviti


Ada 2 game masa nie. lebih kepada aktiviti phschology game. 


Game 1 : tengok gambarajah dan decide 1 jawapan sahaja


Game 2: ada satu cerita dan pikirkan secara rasional serta buat keputusan.


TAMAT

Lupa nak bagitau. Handphone dan gadget bagai semua kena diserahkan kepada pihak urusetia. Tak boleh nak google cari maklumat bagai ye kenkawan. Please standby dari awal.


Alhamdulillah aku dah lepas Fasa ini.