Khamis, 23 Mei 2013

PAC kedua bersama KEMAS

Alhamdulillah...semalam  (19/5/2013) dah selesai PAC kedua bersama kemas yang bertempat di Pusat Latihan Kemas Kuala Lumpur...Mula-mula terfikir...mana la tempat ni..dalam google map tak ade pun bangunan kemas ni...ari sabtu pusing-pusing survey jalan dapat juga jumpe..bangunan berhampiran dengan bangunan MCOBA dan sebush sekolah jenis cina..

Sampai di sana mula la mendaftar, pendaftaran kali ni lebih systematik..
Ada kaunter A untuk pengesahan kehadiran..
Kaunter B ambil no badan
Kaunter C serahan borang
Ade sesi ambil berat & ukur tinggi
kemudian ada sesi ambil gambar
Kaunter D serahan Borang SPA
Baru la masuk dewan taklimat

Seperti sesi PAC yang pertama dulu...ade ujian pyscologi 94 soalan selepas sesi taklimat.
kemudian barulah sesi pembahagian kumpulan dan bergerak ke kumpulan masing-masing 
sama seperti PAC pertama ade 10 kumpulan & kumpulan pagi berlainan dengan kumpulan petang


Activiti 2
Pengucapan Awam
masa selama 5 min untuk preparation & 5 min untuk berucap
tajuk di beri agak general antaranya Merdeka, pengurusan masa, 1Malaysia, Pencemaran alam sekitar, media massa, dll 

Aktiviti 3
Perancangan Kampung (sejam)
Kumpulan di berikan profil kampung & diminta untuk membincangkan strategy pembandaran kampung tersebut.

Aktiviti 4 (selepas lunch)
Priority setting
lebih kurang pengucapan awam...masa di beri 3min seorang
di beri situasi & buat keputusan secara individu situasi yang mana harus di dahulukan & serta sebab-sebab yang munasabah kenapa itu menjadi pilihan

Aktiviti 5
Pembahagian Budget
masa 1 jam
sambungan perancangan kampung (aktiviti 3)
Setelah bersetuju dengan perancangan kampung, sejumlah bugdet telah di peruntukan untuk melaksanakan nya. Kategorikan pembahagian budget tersebut.

Aktivit 6
Wacana/Debat
Pilih 1 topik untuk di debatkan..
antara nya issu PTPTN, Pengangguran

Aktiviti 7
Ujian Kecergasan.
mungkin sebab kawasan PAC ni xde padang...so cuma berlari 4x ulang alik (mungkin 200m kot) & masa di catat...

so tu jer aktiviti untuk PAC kedua ni...so sesape yang belum pergi tu best of luck k...


Khamis, 16 Mei 2013

Pemakanan Semasa Laktasi








Penjagaan pemakanan sewakru laktasi atau penyusuan adalah penting untuk kesihatan ibu & bayi...
pemakanan yang seimbang penting untuk membekalkan nutrien dah vitamin yang mencukupi untuk si ibu & jua bayi..

Bagaimana pemakanan yang betul?perlu ke ambil supllement tambahan?


Jom baca panduan pemakanan daripada Kementerian Kesihatan

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :

  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)


Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?


  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian



Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur


Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:
  • ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
  • 1 gelas susu (250ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi



Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?


  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?



  • 87 % daripada susu ibu adalah air.
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas



Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?


  1. Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
  2. Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
  3. Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
  4. Makanan 'tajam' - nanas
  5. Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
  6. Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  7. Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja
  8. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan





Info set Penyusuan Disini

So apa lagi, berminat dengan set Penyusuan??Hubungi saya untuk harga diskaun hanya di Vitamin2u.my;
Jom hubungi saya;
email saya di mamajueshaklee@gmail.com 
SMS/CALL/WHATAPPS: 013 2299 108 
FB Page: Vitamin2u.my

Penyusuan & Ubat


Ramai ibu ragu-ragu tentang pengambilan ubat yang sesuai sewaktu penyusuan...takut nak makan ubat bimbang ade kesan pada bayi...

Jom Baca serba sedikit info tentang ubat & penyusuan...

Apakah kesan ubat-ubatan ke atas penyusuan susu ibu?

Penggunaan ubat-ubatan dalam tempoh penyusuan susu ibu kadang-kala menjadi satu keperluan kepada ibu. Penyusuan bayi sewaktu pengambilan ubat oleh ibu kadang-kala boleh memudaratkan bayi. Bagi mengurangkan risiko bayi anda terdedah pada ubat-ubatan, anda haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi mengenai ubat anda.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?


  • Beritahu doktor bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
  • Berhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan.
  • Tangguhkan penyusuan badan buat sementara waktu jika perlu.
  • Ambil ubat segera selepas penyusuan anak dilakukan, bagi menentukan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang.
  • Ambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.


Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?



  • Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
  • Sekiranya anda perlu mengambil ubat ketika penyusuan susu ibu, pastikan anak diperiksa selalu bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.


Ubat-ubatan yang kerapkali digunakan

Ubat-ubatan
Komen/Ulasan
Penahan sakit dan Analgesik
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini apabila diambil dengan yang kerap
  • Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat-ubatan anda
  • Paracetamol
  • NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya diklofenak, asid mefenamik, naproksen)
Antihistamines
  • Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Chlorpheniramine, loratadine
Antasid
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Mylanta, Maalox, Gelusil
Ubat cirit-birit
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Penggunaan tidak disyorkan.
  • Kaolin
  • Loperamid
  • Atropin dengan difenoksilat
Sediaan ubat batuk dan selsema
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Gunakan dengan berhati-hati.Berbincanglah dengan ahli farmasi.
  • Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
  • Dekstrometorfan
  • Folkodein
  • Pseudoefedrin
Ubat sedut untuk asma
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Salbutamol, Terbutalin

Inhaler
Julap
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
  • Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.
  • Kumpulan pembentukan najis (Bulk forming)
  • Julap perangsang
Ubatan cacing
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
  • Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
  • Pirantel pamoat
  • Mebendazol / Albendazol
Lain-lain
  • Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
  • Sediaan Zat Besi untuk Anaemia
  • Iodides
  • Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu.
  • Nikotin (bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)
  • Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam.
  • Jangan guna sewaktu tempoh penyusuan ibu
  • Vitamin ( A, B, C, D, E, K )
  • Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin dalam kuantiti yang banyak.
  • Kafein
  • Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

Bahan-bahan yang mendatangkan kemudaratan
Alkohol/Ethanol
  • Minuman beralkohol
  • Penggunaan yang kerap adalah membahayakan. Penggunaan bermusim juga boleh mendatangkan risiko.
Asap rokok
  • Nikotin dan pelbagai kimia (perokok aktif atau pasif)
  • Jangan merokok ketika menyusukan anak.Mungkin meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS).Mungkin meningkatkan risiko jangkitan kuman pada sistem pernafasan dan telinga
Penyalahgunaan Dadah
  • Kokain dan Pensaiklidin (PCP)
  • Amfetamin, heroin and marijuana
  • Memberikan kesan keracunan pada bayi anda
  • Memberikan pelbagai kesan termasuklah tidak selesa, gangguan tidur, menggigil dan muntah-muntah. Bayi juga boleh menjadi ketagih dengan pengambilan dadah ini melalui susu badan.

Set Penyusuan SHAKLEE sangat terkenal di kalangan pengguna...keberkesanan nya diyakini..
Lihat saja apa kata pengguna di bawah;










Info set penyusuan Disini

So apa lagi, berminat dengan set ni??Hubungi saya untuk harga diskaun hanya di Vitamin2u.my; 
 Jom hubungi saya; 
  email saya di mamajueshaklee@gmail.com 
SMS/CALL/WHATAPPS: 013 2299 108 
FB Page: Vitamin2u.my