Rabu, 4 September 2013

KHASIAT AIR KELAPA PADA IBU HAMIL


Hai semua...baru berkesempatan membuka blog hari ni :)
ok hari ni nak cite-cite santai untuk knowledge sharing jer... ape cerita hari ni...
"AIR KELAPA"


Masyarakat kita memang dah lama tahu tentang khasiat air kelapa ni sejak turun temurun lagi...dulu kalo demam panas je minum air kelapa insyallah akan kebah...kalo kene chicken pox pun minum air kelapa untuk sejukan badan..pendek kate banyak khasiat la air kelapa ni...Jom kite terjah...

Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah :

  • Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.
  • Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah kajian menunjukan  ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.
  • Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda. 
  • Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.
  • Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.
  • Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.
  • Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.
  • Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.
  • Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.
  • Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. 
  • Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
  • Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.
  • Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. 
  • Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Selain dari itu, ibu-ibu hamil juga dapat banyak manfaat jika amalkan minum air kelapa ni, orang tua dulu-dulu memang suruh minum air kelapa ni supaya anak bersih katenya...kenapa ibu hamil di suruh minum air kelapa???

Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
Membantu mencegah sembelit dalam  sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.
Mencegah daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom  heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan  4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
Membantu mengurangkan  "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.


Tapi, ada juga yang melarang mengambil air kelapa secara kerap. Kenapa???
Air kelapa ni berfungsi menueralkan darah, Jadi pengambilan secara kerap bole menyebabkan kita jatuh sakit pula kerana banyak vitamin & zat dalam badan telah diserap keluar.

So bila perlu minum air kelapa ni???
Air Kelapa ini sangat mujarab jika kita ambil pada waktu yang betul..bile pulak waktu yang betul ni hehe banyak nye pantang larang ek..hehe waktu yang betul adalah bile anda ade simptom-simptom seperti atas tadi..contoh nya demam panas, keracunan, ibu hamil (tapi jangan kerap), "heartburn", sembelit berpanjangan,  banyak lagi dan lagi satu yang paling penting..selepas pengambilan ubat-ubatan atau supplement. 

Kenapa perlu ambil air kelapa ni lepas ambil ubat atau supplement??
tentunya sebab nak neutral kan darah balik dari sebarang ubat & supplement yang tidak keluar melalui urine. Ini sangat penting supaya ubat & supplement yang tertinggal tu tidak jadi toksin dan seterusnya menjadi penyakit pulak..

huiiii...panjang pulak entry ni..ingat nak cite sikit jer hehe..kalo dah pegang keyboard ini la jadi nye..haha
so sampai disini dulu lah..sampai berjumpe lagi di entry yang akan datang....

Eh...jap...lupe plak nak iklan :) 
Di shaklee, Nutriferon dicipta khas untuk meningkatkan inteferon semulajadi dalam badan..sangat bagus dan berkesan...

Ni testimoni keluarga saya sendiri mengamalkan nutriferon
"masa anak yang kedua demam, saya masukkan suku nutriferon didalam susu nya sebelum tidur, esok nya memang kebah la demam nya..kalo dulu, stiap 4 jam memang akan terjaga untuk check suhu anak demam & bagi ubat demam, sekarang tak lagi, just bagi jer sebelum tidur, perlahan-lahan suhu nya akan turun & menjelang pagi demam nya dah kebah..sangat ajaib..so sekarang memang simpan jer stok nutriferon untuk diri sendiri & keluarga..."

lagi testimoni pengguna Nutriferon




Apa lagi jom calling2 
✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Selasa, 3 September 2013

Siasat Punca Susu Merundum


susu merundummm???lagi stress???
gambar hiasan sumbangan mr.google

Rata-rata mama mula panik bila susu merudum dan ramai juga yg terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Jadi apa kata bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. Perlulah diingat bahawa sama ada milkbooster atau suplemen bukanlah magic yg terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja ya (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja)...perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda ya tapi at the end of the day semuanya bergantung atas usaha anda sendiri dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri iaitu:

Supply & Demand

Banyak sebab sebenarnya yg boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum. Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:

1. Stress/Tekanan
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress yg dihadapi.

Dari segi penyusuan, stress adalah satu “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya mama stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi mama semua perlu tangani stress anda dengan baik jika tidak penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. Sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). Dan semasa sesi perahan jangan curi tengok ya nanti makin stress pula bila tengok hasil perahan…nanti lagi susah susu nak keluar.

Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

Dan dari segi teorinya, badan mama akan keluarkan Hormon Oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap...Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Dan kemudiaannya Hormon Oksitosin ini akan rangsang Kelenjar Pituitari untuk rembeskan pula Hormon Prolaktin yg kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi jika ikut logiknya, jika si ibu stress dan susah hati, macam mana nak hasilkan hormon oksitosin tu kan...Jadi always be happy & be positive ye mama semua :)

 2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.


3. Ponteng Sesi memerah/mengepam

Ini biasanya berlaku bagi mama-mama yang berkerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. Jangan begitu ya, adalah penting untuk mama semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Ada juga mama yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu baru hendak perah. Konsep ini adalah salah ya kerana semakin lama anda tunggu semakin bengkak Cik “B” anda dan akan menyukarkan proses memerah dan ini juga tidak baik diamalkan kerana untuk hari-hari yg berikutnya, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Untuk mama yang dirumah, sentiasalah susukan si manja anda secara langsung ya (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan juga rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat ya. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap ya.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu pengashilan susu dan penyusuan baby anda.  Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu.

Ada juga mama yg susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kit tersangatlah penting ya. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar ya.

6. Penggunaan pil perancang

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Mama semua perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar.

nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Mama yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan mengikut kumpulan makanan yg diperlukan? Dengan kesibukan seharian kadangkala ramai yg memandang lewa untuk mengambil makanan yg berkhasiat dan tidak kurang juga yg hanya memakan makanan kegemaran sahaja. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Di sinilah supplemen berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Mama yang menyusu  sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Lengkap 3M , klik di sini.


Untuk maklumat mengenai Set-Set Penyusuan lain selain Set 3M, klik di sini.

Jadi jika mama semua mengalami masalah dan situasi susu merudum jangan cepat panik ya...relax dan kenalpasti puncanya...cuba atasi dan insyaALLAH mama semua pasti akan dapat teruskan penyusuan sehingga baby berusia dua tahun atau lebih. Yang penting mesti kena semangat, yakin dan sentiasa positf.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

APA YANG PESAKIT SLE TAK BOLEH AMBIL!!

Hai semua...entry ini adalah sambungan daripada entry :"Shaklee Vivix Membantu Menyembuh SLE" .

Ramai yang bertanya produk shaklee yang mane yang tidak boleh diambil oleh pesakit SLE ni.
So seperti entry yang lepas saya ade bagitahu bahawa Alfalfa, Vitalea, Herblax & Nutriferon tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Jom tengok apa rationalnya;
  1. SLE tidak boleh mengambil Alfalfa kerana ianya akan mengaktifkan sistem imun badan pesakit. Vitamin yang mempunyai alfalfa adalah Vitalea, Alfalfa , Herblax
  2. SLE tidak boleh mengambil NUTRIFERON. Nutriferon adalah supplement untuk meningkatkan Sistem imun badan. Pesakit SLE sudah sedia ada mempunyai sistem imun badan yang aktif. Pengambilan nutriferon akan menjadikan imun pesakit bertambah-tambah aktif.
setakat ini itu saha ja info yang saya dapat...akan kongsi lagi sekiranya ada info baru yang diperolehi :)

Sementara tu Jom baca testimoni pesakit yang sembuh dari SLE dengan minuman ajaib VIVIX SHAKLEE


Apa lagi jom calling2
✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Isnin, 2 September 2013

CoQHealth Plus Shaklee Baik untuk kesuburan lelaki, tahan lebih lama

Hai semua...tengah buat research tentang kesuburan maklum la ramai customer & kawan-rkawan bertanya produk kesuburan shaklee yang mane bagus...kalo tanya saya soalan general macam tu..confirm la saya kate semua bagus hehehe.. so kali ni nak cerita tentang kesuburan lelaki...selama ni orang asik la kate kalo tak mengandung tu tentu nya masalah wanita...bagi yang berfikiran begitu anda silap ye...

ok..kalo dulu...supplement yang di sarankan untuk kesuburan lelaki adalah vitamin E & Zinc Shaklee, sekarang ade CoQHealth Plus shaklee yang bukan sahaja baik untuk jantung malah bagus untuk kesuburan lelaki.Banyak kajian menunjukkan coq10 bantu meningkatkan kualiti sperma. Itu satu kelebihan yang utama untuk sang arjuna.

Dalam banyak kajian contohnya The effect of Coenzyme Q10 on sperm motility and fuction* menunjukkan bahawa Coq10 boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang mana telah terbukti untuk menghasilkan persekitaran yang lebih sihat unutk meningkatkan bilangan sperma, pergerakan sperma dan kualiti sperma. Waah 3 kebaikan sekaligus..mana nk cari??? Bagaimana pula untuk isteri? Coq10 boleh membantu untuk meningkatkan kualiti ovum pada isteri. Jadi both suami isteri boelh consume coq10 ni.

* Lewin A, Lavon H. The effect of Coenzyme Q10 on sperm motility and fuction. Mol aspects Med. 1997;18 (Suppl): S213-9

Kelebihan coq10 bukan sekadar itu, ia juga bagus untuk boost energy, boleh meningkatkan stamina dan mengelakkan keletihan. Kajian menunjukkan pengambilan coq10 setiap hari boleh mengurangkan 90% simptom keletihan. Bagaimana tu?? Coq10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada dalam mithocondrian. Ia menghasilkan ATP iaitu molekul untuk menghasilkan tenaga. Ia banyak dijumpai di dalam organ yang banyak perlukan tenaga contohnya di jantung, hati ginjal dan pankreas.

Dalam hal ini, pakar saintis menyatakan bahawa CoQ10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebihlaju menuju ke telur ovum.



testimoni penggunaa



So apa lagi, bagi pasangan yang dah lame berusaha mendapatkan zuriat, cepat lah dapatkan CoQ10 Plus anda sekarang sempena promosi bulan september 2013, beli 6 percuma 1.




Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
 ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini