Rabu, 28 Mei 2014

Cabaran berpantang sendiri: Resepi berpantang

Assalamualaikum semua...hui..lame gak meninggalkan blog ni...

Alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara pembedahan pada 5 May 2014 yang lalu..congak-congak hari ni dah masuk 23 hari berpantang..dan sekarang dah berpantang bersendirian bersama anak-anak saja di rumah...

Berpantang kali ni memang mencabar..maklum lah..anak-anak dah semakin aktif & lasak..memang perlu kekuatan mental yang tinggi melayan kerenah anak-anak...

Minggu pertama berpantang je telah di uji dgn kedua-dua anakdemam panas serentak..2 kali pergi ambil ubat demam tp masih tidak juga sihat..sampai kene ambil darah dikhuatiri denggi..kesian anak-anak mama..(sorry teremo plak) ibu mane yang tak risau melihat anak-anak sakit..mujur ade shaklee nutriferon..kugagahi juga membancuh nutriferon kedalam susu anak-anak..setengah untuk si kakak & setengah untuk si k.ngah...alhamdulillah 2x consume dah kebah demam...



Cabaran yang paling pening adalah lauk berpantang...Al maklum la..berpantang sendiri..naik muak tak tahu nak masak ape untuk diri sendiri...so ape lagi..google jer la..ni antara yang di bagi oleh pakcik google;

1. Ikan bilis – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal. tapi jangan terlalu pedas. (Eh...bole ke makan sambal??? ikan bilis goreng memang salu buat kalo tak sempat..)
2. Ikan cencaru – biasanya dibakar untuk lebih sedap selain digoreng
3. Ikan haruan – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng (ni lauk wajib suami ku saran kan memandangkan aku bersalin czer..naik muak la)
4. Ikan siakap – masak stim
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tenggiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur brokoli - stim/sup
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – dicampur dalam masakkan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – dibuat sup atau dicampur dalam bubur

Ni plak antara full resepi yang pakcik google bagi.. (copy paste je la utk rujukan);

IKAN GORENG HALIA MUDA 

parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka 
Halia muda - agak2 
Bawang besar di mayang 

Ikan digoreng garing 
Halia muda di hiris 
Bawang besar di mayang 
Tumbuk halia muda dan bawang besar 
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat) 
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur) 

* sedap dimakan dengan nasi panas2.  

************************************

AYAM HALIA KUKUS 

Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung) 
4 ulas bawang putih 
2 inci halia 
3 ulas bawang merah 
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah 
Garam 
sedikit serbuk perasa (kalau mahu) 
1 sudu besar minyak bijan 
Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas. 

*****************************************

KERABU ULAM 

Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat} 

Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais. 

Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.

***************************************

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. 

***********************************
RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA 
utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.
Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)

AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
1 gelas Susu Segar
1 biji Kurma
21 biji Kismis
7 biji Badam 

PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-
2.5 liter air
Halia besar tapak tangan
Gula Kabung
2 bj Bunga Cengkih
Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT 
(minum selama tiga hari sahaja)
Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
Masukkan air asam jawa
Masukkan gula secukup rasa

PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
200gm Halia
20 biji Kurma
750ml Air

AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
5biji Manjakani
500ml Air
2cm Halia
2cm Kunyit
2kpg Asam keping

AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
2 ikat Pegaga
5 cwn Air
*******************
untuk minuman ni memang aku tak minum la..susah sikit nak masuk jenis cecair ni hahah cume aku konsisten amik pati haruan yang dalam botol tu ( tu pun kene pakse minum dengan hubby haha)

dan semestinya vitamin-vitamin shaklee untuk kesihatan berpanjangan;



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
 ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108