Jumaat, 6 Februari 2015

Mengandung atau menyusukan anak?? Sila Jauhi Kacip Fatimah....

Kacip Fatimah (bukan kacip pinang kepunyaan cik Fatimah ye..) atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Sama seperti Tongkat Ali untuk lelaki.

Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

Antara 9 fungsi utama kacip fatimah
(1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin
(2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi
(3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea
(4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepas bersalin seperti kurang keinginan untuk bersama suami. Selain dari itu, ia juga dikatakan dapat menambah tenaga kewanitaan
(5) Membantu melangsingkan badan terutamanya dibahagian abdomen
(6) Sejenis herba anti-gas yang dapat membantu mengurangkan angin dari dalam badan
(7) Menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya melegakan selesema
(8) Memperbaiki perjalanan darah serta membantu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
(9) Kacip Fatimah juga dapat membantu mengurangkan masalahh sembelit serta mengembalikan rambut rosak

Selain dari itu masih terdapat banyak lagi fungsi serta kebaikan kacip fatimah ini. Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.

Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan. Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan ( liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.

Dipetik dari buku Mother Food for Breastfeeding Mother ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82)

Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).

When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan penggunaan kacip fatimah mengatakan bahawa antara fungsi kacip fatimah adalah untuk menambah dan melancarkan pengaliran susu ibu. Bagaimana pun, dikhuatiri sebab tindakan detox oleh kacip fatimah menyebabkan badan membuang toxin melalui susu ibu.

Oleh yang demikian, walau apa pun produk kesihatan/kecantikan untuk luaran mahupun dalaman wanita pastikan bahawa anda tidak mengambil produk yang mengandungi kacip fatimah sekiranya mengandung atau menyusukan anak. Lebih baik cegah dari mengubati

dipetik daripada Penyusuan Susu Ibu


Jue
Shaklee Independent Distributor
013-2299108

Khamis, 5 Februari 2015

Tips Bagaimana Meningkatkan Keberkesan Penyerapan Vitamin / Supplement dalam Badan

Tujuan kita makan vitamin atau supplement adalah supaya kita dapat nutrisi yang diperlukan badan dengan secukupnya kerana kita tak mampu nak sediakan makanan harian yang cukup mengikut piramid makanan. Betul tak? Saya makan multivitamin Vitalea sebab setiap hari saya hanya amik 1 hidangan sayur, macam tu juga buah yang mana memang tak cukup untuk hidangan sehari. Sama juga lah Vitamin C, Bcomplex Ostematrix dan vitamin-vitamin lain. Bila makan vitamin sudah tentu lah kita mahukan penyerapan vitamin dalam badan adalah maximum. Jadi entri kali ini, saya nak berkongsi mengenai tips bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin dalam badan. Sia-sia lah kalau makan vitamin tapi tidak diserap sepenuhnya nutrisi dari vitamin tersebut..akibatnya, kita mungkin salahkan vitamin sebab tidak memberi kesan kepada kita.

Sebelum dihurai lanjut, penting kita tahu bahawa untuk badan menyerap nutrien dengan maximum, sistem pencernaan kita mesti dalam keadaan sihat iaitu tidak banyak toksik. Sebab apa? Sebab nutrien tadi akan diserap terlebih dahulu oleh sistem pencernaan sebelum masuk ke dalam salur darah dan seterusnya diserap oleh sel-sel badan.

Ada banyak faktor kegagalan serapan vitamin ke dalam badan dan ianya bergantung kepada jenis vitamin.

(1) Persaingan antara vitamin 
Menurut pakar Jane Higdon penulis buku "An Evidence-Based Approach to Vitamins and Minerals: Health Benefits and Intake Recommendations." dos vitamin B5 yang tinggi boleh menghalang penyerapan Biotin.  Begitu juga, dos vitamin A yang tinggi boleh menghalang penyerapan vitamin K. Tapi sesetengah vitamin diserap dengan lebih berkesan dengan kehadiran vitamin lain contohnya Vitamin C meningkatkan penyerapan kromium dan zat besi. Sebab itu Vitalea seeloknya diambil bersama dengan Vitamin C. Sesetengah vitamin pula turut serta dalam pengangkutan vitamin lain dalam badan. Tembaga (cooper) adalah perlu untuk penyerapan zat besi, dan kekurangannya boleh membawa kepada rendahnya tahap zat besi dalam badan.

(2) Penyerapan Kalsium dan Magnesium
Kalsium berkongsi sifat-sifat kimia yang serupa dengan beberapa mineral lain dan bersaing dengan mereka untuk penyerapan. Persaingan akan menjadi lebih kuat kerana sel-sel badan akan menggunakan tempat penyerapan yang sama untuk mineral-mineral ini. Kalsium bersaing dengan besi dalam dos yang normal, dan kedua-dua nutrien tidak boleh diambil pada masa yang sama. Fluorida, fosforus, mangan dan penyerapan zink juga berkurangan apabila mineral ini diambil bersama-sama dengan kalsium. Sebab itu ostematrix perlu dijarakkan tempoh mengambilan dengan Vitalea, Mealshakes dan Zink

(3) Vitamin D
Tips untuk memastikan bahawa penyerapan kalsium dalam badan adalah maximum, ambil bersama Vitamin D. Istimewanya, Ostematrix dibuat khas lengkap dengan kalsium, vitamin D dan magnesium. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium dan menghalang perkumuhan kalsium dalam air kencing. Tanpa vitamin D, hanya sedikit kalsium diserap. Elakkan juga pengambilan caffiene selepas menelan Ostematrix

(4) Vitamin Larut Lemak
Vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K memerlukan lemak untuk diserap. Kalau sedang berdiet dengan diet rendah lemak atas sebab faktor kesihatan atau mempunyai masalah pencernaan lemak, penyerapan vitamin-vitamin ini akan merosot. Jadi sebelum mengambil vitamin-vitamin larut lemak seperi Vitamin E, Carotomax, Ostematrix, pastikan ia dimakan selepas makan makanan yang mengandungi lemak untuk bantu penyerapan yang lebih baik.


Jadi, setelah anda tahu tentang tips ini, pastikan pengambilan nya mengikut panduan yang diceritakan tadi..kerana itulah penting nya anda membeli product dengan distributor yang diiktiraf supaya anda mendapat konsultasi yang secukupnya..

Apa lagi jom calling2 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Rabu, 4 Februari 2015

Sijil Halal Shaklee 2015



Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil Halal nya bagi memastikan kualiti nya sentiasa di yakini..Untuk tahun ni sijil halal shaklee telah di perbaharuikan pada 16 Januari 2015 dan akan tamat pada 31 December 2015.


Antara product yang telah diregister adalah seperti berikut;


Bagi yang belum tahu..sijil halal shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) sebuah bagan yang juga diiktiraf oleh JAKIM. Jadi jangan ragu-ragu lagi..Produk SHAKLEE sememang nya halal!

Promo sepanjang Februari 2015;



Jangan ketinggalan! Dapatkan Stock anda sebelum pelaksanaan GST ye!

Apa lagi jom calling2 ✉ 
PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga kami?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini