Sabtu, 6 Jun 2015

Kepentingan Vitamin A untuk kanak-kanak

Vitamin A adalah nutrien yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik. Vitamin A penting untuk perkembangan sel tisu terutamanya bagi memelihara kulit, rambut dan kuku yang sihat.

Mengikuti usia kanak-kanak yang semakin meningkat, semakin banyak Vitamin A yang diperlukan oleh tubuhnya. Jumlah dos yang disyorkan mengikut saranan pengambilan nutrient Malaysia 2005 (RNI M’sia 2005) adalah.


  • Umur 1 hingga 3 tahun: 400mcg sehari
  • Umur 4 hingga 6 tahun: 450 mcg sehari

Jumlah yang disyorkan di atas tidak wajib diikuti, ia adalah berdasarkan purata pengambilan di dalam seminggu yang disarankan oleh pakar. Anak anda boleh ambil jumlah lebih sekiranya perlu.

Sumber-sumber vitamin A
Sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni adalah antara makanan yang mengandungi zat Vitamin A yang tinggi. Antaranya adalah lobak merah, ubi keledek, bayam dan labu manis. Selain itu, tembikai susu, lada benggala, apricot dan buah mangga juga mempunyai zat Vitamin A yang baik. Susu dan telur juga antara bahan makanan yang diperkayakan dengan Vitamin A. Untuk pengetahuan anda setiap bahan-bahan tersebut memiliki jumlah Vitamin A yang berbeza bergantung kepada jenisnya.


Kesan-kesan sampingan
Pengambilan Vitamin A yang berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan. Kebiasaannya, Vitamin A dari sumber haiwan adalah sumber yang aktif. Pengambilan Vitamin A berlebihan dari sumber tersebut boleh menyebabkan loya, muntah, pening, lemah otot dan pening kepala. Untuk jangka masa yang lama, ianya boleh menjadi faktor-faktor osteoporosis, masalah hati dan kegagalan saraf

Namun bagi Vitamin A dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan ataupun di dalam terma sainsnya, karotenoids, ambillah sebanyak mana yang anda mahu kerana ia bukanlah sumber aktif. Ini kerana tubuh menukarkan sumber Vitamin A aktif apabila ianya diperlukan. Buah-buahan dan sayur-sayuran terkecuali daripada proses tersebut.


Secara dasarnya, waspada dengan pemakanan anak anda. Sentiasa periksa dengan pakar nutrisi atau pakar kanak-kanak sekiranya anda tidak jelas akan sesuatu perkara.

Credit :dutch lady smartmoments


Apa yang saya beri pada anak-anak saya untuk memastikan mereka cukup nutrien dan sentiasa sihat?? 




Baca info-info produck tu dalam entry saya sebelum-sebelum ni ye..tekan je link dekat produck tu :)


Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
: mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Khamis, 4 Jun 2015

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Ramai yang Sanggup Beli Kolagen walaupun Mahal?

Apakah itu Kolagen???


Untuk pengetahuan uolls, bila seseorang itu meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagen nya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua sebelum usia, kulit berkedut, sakit-sakit sendi dan banyak lagi lah masalah lain yang akan timbul...





Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? 

Berikut adalah kepentingan kolagen untuk kita

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

♥ Berperan untuk penyembuhan sakit sendi - Sakit lutut dan sakit sendi saling berkait rapat. Sakit lutut berlaku sebab tulang rawan mula haus dan terhakis dan sebab bahan yang dinamakan sebagai kolagen dalam tulang rawan mula rosak dan berkurangan. 50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada kolagenkolagenn inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Selepas umur 20an, kolagen ini mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage). Penyelesaiannya pada perubatan moden adalah melakukan pembedahan. Bagaimanapun ada kesan sampingan, mesti kena lakukan fisioterapi selama berbulan-bulan. Sebab itu selain pembedahan, doktor tadi mencadangkan penggunaan suplemen kolagen

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasikolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.


Saya mengesyorkan kolagen shakleeDengan mengamalkan kolagen ini selama lapan minggu dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan! 






Testimoni






Apa lagi jom calling2
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Rabu, 3 Jun 2015

Atasi Rabun & Silau dengan Carotomax Shaklee


Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat

  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
  • Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
    • Beta Karotena Sama dengan 102 serving Pisang
    • Lycopena sama dengan 718 serving Aprikot
    • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 serving pink grapefruit
    • Alpha karoten sama dengan 89 serving Raspberi
    • Anthocyanin sama dengan 35 serving cherry
    • Quercetine sama dengan 589 serving karot







    Paling penting adalah, Carotomax merupakan vitamin mudah larut.  Anda tidak perlu risau untuk mengambil Carotomax kerana ianya dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja, dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.




    Testimoni

                           






    Apa lagi jom calling2 
     ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
     ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
    : mamajueshaklee@gmail.com 
    ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

     Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

    Selasa, 2 Jun 2015

    Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

    Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit

    Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet anda untuk kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?


    Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit. Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit anda? Jawapan ringkasnya adalah; Ya, ia boleh! Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya.







    Apa itu Vitamin C?
    Sebelum saya jelaskan lebih lanjut bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit kita; apakah kaitan Vitamin C dengan warna kulit kita, adalah penting untuk mengetahui apa Vitamin C adalah terlebih dahulu.

    Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Anda boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

    Vitamin C dan Kulit
    Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.

    Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan struktur kolagen.

    Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.

    Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.


    Vitamin C Menggalakkan Dua Antioksidan – Glutathione dan Vitamin E
    One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).


    Vitamin C Meningkatkan Tahap Glutathione Dalam Darah
    Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.


    Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

    Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

    Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

    Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.

    Testimoni 








    Apa lagi jom calling2
     ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
    ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
    : mamajueshaklee@gmail.com 
    ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
     Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

    Isnin, 1 Jun 2015

    Motivasi Pagi : Kejayaan itu adalah kesedaran berterusan kepada impian kita





    Rupa-rupanya bila kita rasa down, energy kita sangat jatuh hingga menyebabkan target kita lari jauh dari kita.. 

    "Success is a progressive realization of our worthwhile dream/goal" 
    KEJAYAAN itu adalah kesedaran berterusan kepada 
    IMPIAN/MATLAMAT kita...

    Jadi, teruskan BERANGAN dan USAHA berterusan untuk mengapai IMPIAN! 

    Kerana..sedar atau tidak anda di pandu oleh minda anda.. 



    Renung-renungkan...