Ahad, 26 Februari 2017

Tips bawa anak kecik berjalan atau makan diluar

Salam hujung minggu semua..
Apa aktiviti korang di hujung minggu??

Bukan mudah nak bawa anak-anak kecik berjalan mahupun makan di luar. Pasti ramai ibubapa yang mempunyai pengalaman yang sama. Ni beberapa Tips sebagai panduan untuk pengalaman yang seronok tanpa rasa stress;

  1. Pastikan anak dapat tidur yang secukupnya sebelum ingin membawa mereka keluar. Tidur yang cukup sangat-sangat penting supaya emosi si anak tidak terganggu kerana terlalu mengantok.
  2. Berikan mereka makan dengan kenyang sebelum keluar. Ini bagi mengelakkan anak nangis sebab perut tak terisi. Dah spoil masa kita nak berjimba2 ye dak.
  3. Beriadah di tempat yang selesa. Nama pun bawa budak kecik. pastikan tempat yang nak dibawa tu ada toilet yang bersih atau nursing room atau changing diaper untuk keperluan anak korang bila poo poo. Pastikan ada taman permainan yang selesa, budak-budak pasti leka bermain dan mood akan jadi ok..
  4. Bawa bekalan makanan. Pergi mana-mana tempat kita tak lari dari 'menunggu'. Tunggu nak sampai destinasi (jammed), tunggu beratur nak bayar makan, parking segala. Tunggu turn nak masuk toilet. Bawalah sekurang-kurangnya biskut tiger, at least die akan leka makan tak de la merengek boring menunggu. 
  5. Bawa juga mainan yang boleh buat anak leka seperti kereta maian kecik. 
Masa kecik ni lah kita dapat meluangkan masa dengan anak-anak, jika mereka dah besar pastinya masing-masing sudah ada perancangan sendiri. Semoga tips ni bermanfaat bagi ibubapa meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tanpa rase stress :) 



Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Jumaat, 24 Februari 2017

Apabila supplement sudah tidak berkesan...apa yang perlu dibuat???

Salam Jumaat semua...
Pernah tak korang rase, supplement yang diambil setiap hari tu dah tak berkesan lagi...
tahu tak kenapa jadi macam ni???

Saya cerita tiga sebab kenapa supplement yang kita ambil tidak berkesan...

Pertama, sebab badan anda dah ada toksik terkumpul, jadi supplement yang diambil sudah tidak berkesan lagi...So apa nak kene buat??? kalo toksik banyak dalam badan, kene la buat detox dulu, keluarkan semua toksik tu baru la supplement tu bole berfungsi dengan mudah.. 

Bagaimana nak detox??
macam-macam cara nak detox.. antara produk shaklee untuk detox seperti alfalfa, herblax, vivix, garlic, DTX complex
saya pernah menulis beberapa artikel tentang detox.. bole baca dengan lebih lanjut di entry ni


Kedua, KURANG MINUM AIR. 
Ini paling penting.Ambil lah apa jua supplement pun, even dalam kehidupan kita seharian, kita kena minum 1.5-2 liter air sehari. Macam mana nak berkesan kalau tak minum banyak air? Kadar serapan kurang, bukan makan supplemen je, makan apa2 pun khasiat kurang diserap...

Kite kene minum sekurang-kurangnya 3. litter sehari barulah penyerapan supplement tu lanjar....Minum air juga utk bantu PERJALANAN DARAH kita...


KetigaAMBIL MINUM BERKAFEIN/BERGAS. 
Yang ni memang langgar pantang. Tak boleh ambil. Dikhuatiri particle dalam minuman tersebut akn menghapuskan khasiat supplemen.

 Inilah basic rule. ada yg peminat tegar kopi, teh ,air gas tu semua & nescafe tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda. so please jgn mkn supplement sbb nnti membazir. Kalau awk baru mkn supplement then terus minum plak kafein mmg tak kemana khasiat tu sbb kafein tu dah serap. rugikan ? Sbb tu la kesan pun tak nampak. Nak cantik nak sihat cuba kurangkan kafein.....

Kalo tak bole juga tinggalkan kafein ni..JARAKKAN 4-5 jam selepas mkn supplement.... Kalau tinggalkan terus lagi bagus...


Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com
 ✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Khamis, 23 Februari 2017

Sijil Halal Shaklee bagi Tahun 2017

Hi Uolls..
Dua hari tidak bersiaran kerana kesibukan kerja hakiki yang menuntut kerja keras sepenuhnya haha..

Ok hari ni kita cerita santai-santai je la ye...
Seperti produk yang lain, shakleejuga bertanggung jawab keatas semua pengguna-penggunanya untuk memperbaharui sijil halal nya..

Bagi yang belum tahu..sijil halal shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) sebuah bagan yang juga diiktiraf oleh JAKIM. Jadi jangan ragu-ragu lagi..Produk SHAKLEE sememang nya halal!

Jadi sijil Halal ini sah sehingga 31 Disember 2017.






Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108

Isnin, 20 Februari 2017

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI

Terjumpa satu jadual yang menarik di facebook yang telah viral dan saya rasa ianya sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama di blog ni..

Percaya atai tidak, terpulang pada penilaian anda..tapi bagi saya tak salah mempercayai sesuatu yang baik..setuju tak?

Okay..jom kita baca satu-persatu jadual fisiologi badan berfungsi dibawah ini..

🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.


Sedar tak sedar..memang ni la rutin kebanyakan orang kan..tapi sipa yang betul-betul disiplin ikut jadual ni? Nak badan sihat..tapi disiplin pemakanan tak jaga..Nak cantik.. tapi kebersihan tak jage..Jadi, apakah usaha anda?

Fikir-fikiran ya!


Jue

Ahad, 19 Februari 2017

Tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan


Kolesterol tinggi adalah di mana tahap kolesterol dalam darah sudah melebihi paras yang normal. Kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko kita terkena penyakit serius apabila adanya pengendapanan kolesterol berlebihan pada pembuluh darah, seperti serangan jantung dan strok.

Jom lihat antara tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan;
1. Kaki Dan Tangan Kerap Terasa Kebas

Pengumpulan kolesterol jahat boleh mengakibatkan pembuluh darah di persendian tangan dan kaki menjadi tersumbat. Rasa sakit atau kebas tersebut boleh merebak di seluruh kaki seperti betis dan paha.


2. Kerap Lenguh Di Bahagian Pinggang Dan Tengkuk

Kolesterol jahat yang menimbun di pembuluh darah boleh menyebabkan pengaliran darah menjadi sempit dan terganggu untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke otak.

Selain bahagian bahagian pinggang dan tengkuk, bahagian punggug juga boleh menjadi tanda kolesterol tinggi. Biasanya anda rasa lenguh di bahagian punggung dan ia boleh menganggu aktiviti anda.

3. Sering Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
Selain disebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar, pengumpulan kolesterol jahat juga boleh menimbulkan plak pada bahagian pembuluh darah. Dalam waktu yang panjang, perkara ini boleh mengakibatkan tanda strok.

4. Cepat Penat Dan Mengantuk

Kekurangan oksigen dalam otak akibat penyempitan pembuluh darah boleh membuatkan seseorang itu menjadi cepat letih dan mengantuk.

5. Kaki Membengkak

Ketika saluran pembuluh darah menjadi sempit, pengaliran oksigen ke seluruh tubuh pun mengalami pengurangan. Tambahan pula, disebabkan kedudukan kaki yang jauh dari jantung, secara automatik pengaliran oksigen ke kaki sangat sedikit sehingga membuatkannya jadi membengkak.


6. Lemak Di Atas Kelopak Mata

Adanya timbunan lemak di atas kelopak mata atau bahagian bawah mata juga boleh menjadi tanda kolesterol tinggi. Biasanya timbunan lemak ini mengandungi kadar ‘triglyceride’(molekul asid lemak )yang tinggi.
Di shaklee, antara produk yg digalakan diamalkan secara konsisten utk mencegah kolestrol yg tinggi adalah Omega. Kenapa Omega?? 

Sebab DHA & EPA yang terkandung dalam kapsul Omega la...ape bende tu?? 

DHA & EPA merupakan bahan utama dalam pembentukan serabut saraf dan prostaglandin yang diperlukan untuk kekebalan tubuh dan pembekuan darah. Beberapa penelitian inilah yang menunjukan kombinasi DHA & EPA dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kemampuan visual. Dua bahan ini la antara penyebab omega mampu menurunkan paras kolestrol.


Jom saya belanja testimoni...



Apa lagi jom calling2   
✉ https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Sabtu, 18 Februari 2017

10 FAQ Tentang Vivix


Hi semua...

Lama jugak tak menulis disini..bukan la bermakna saya dah meninggalkan dunia bloging ni...cuma biasa la..kekangan masa yang mencemburui haha klise sangat kan haha

ok.. hari ni kita cerita tentang jus ajaib shaklee..si vivix tu...betul harga nya agak mahal compare dengan supplement shaklee lain..tapi..sebenarnya harga nya sangat berpatutan setanding dengan khasiat yang diberikan kepada pengguna..

Memang banyak je cerita di blog lain berkenaan vivix ni..minta je bantuan Mr Google..tapi..dibawah ni dikeluarkan sendiri oleh shaklee nutritionist.. Jom baca 'Frequently Asked Queations (FAQ)' tentang vivix.....


So..dapat digest tak fakta2 vivix yang dikeluarkan oleh nutritionist shaklee tu..

Kesimpulannya, Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthristis, gout, kanser dan macam-macam lagi.

Mengandungj resveratrol yang dipercayai mampu memperbaikk DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Kerana itu lah, bagi yang sangat mementingkan kecantikan, vivix adalah wajib ade ye.. tak percaya?? Rita Rudaini pun amalkan vivix tau..sebab tu beliau semakin cantik sekarang ni...

Jom saya belanja testimoni...



Rambut beruban pun bole dikawal dengan vivix ni...mengancam betul hehe


Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108