Sabtu, 25 Mac 2017

Adoi...sakitnya urat leher tegang



Assalamualaikum semua.....

Rasa-rasa nya pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami urat leher tegang samaada salah bantal (istilah orang tua-tua) atau pun akibat stress yang melampau..

Tapi, jangan pandang ringan ye jika anda sakit urat leher. Kene juga berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Dari segi kesihatan, ada juga kait kan tegang urat leher dengan masalah darah tinggi dan juga kolestrol tinggi...

Baru-baru ini, ada seorang sahabat alam maya saya juga telah membuat pemeriksaan di klinik kerana leher nya sakit. Jadi sebab itulah saya terpanggil untuk membuat research mengenai urat tegang ni untuk  info saya sendiri dan mungkin berguna untuk pembaca yang lain. 


Selain daripada rawatan daripada doktor, supplement juga banyak membantu bagi meredakan kesakitan urat tegang. 


Omega 
DHA dan EPA didalam omega boleh menentang Thrombosis , tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melancarkan aliran darah didalam salur darah, maka ia berkesan dalam membantu tekanan darah kembali normal, dan ketegangan kepala. Ia juga merendahkan kolestrol dan menghindar pembekuan darah.

B Complex
Dikenali vitamin anti-stress yang sepatutnya diamalkan setiap hari. 

Ostematrix
Menenangkan urat saraf.
kalsium banyak membantu merelaxkan urat saraf yang sakit. 

Selain dari segi pemakanan, kalo betul sakit selepas bangun dari tidur..apalagi..bole lah jemur sekejap bantal tu supaya ia lebih gebu dan hama-hama hilang..πŸ™‚

Sehingga berjumpa lagi...



Jumaat, 24 Mac 2017

Cabaran mak-mak yang ada anak kecik berderet

Assalamualaikum Semua...

Ramai kawan-kawan tanya, bagaimana keadaan dirumah dengan anak-anak kecik (macam saya empat orang yang bole dikatakan berderet gak la)..

Memang mencabar mempunyai anak-anak kecik yang rapat-rapat, tapi sebenarnya sangat meriah dengan riuh rendah suara bergaduh, menangis, gelak ketawa
( which kita sebagai ibu bapa pasti akan merindui saat-saat itu nanti).

Secara jujurnya, memang karam. Kemas ruang tamu, dining area bersepah. kemas dapur ruang tamu bersepah..Tapi from time to time, improved. 

Everyday is new learning day..just follow the flow..
ikut rentak anak sambil ajar lah mereka secara perlahan..

Ada yang kata, anak-anak saya baik boleh dengar kata, boleh disuruh-suruh. Alhamdulillah. Tapi, alhamdulillah anak-anak berkelakuan baik dihadapan orang.

Cara saya, 
Pertama, jangan pernah beza-bezakan anak-anak. Jangan sebab kan si adik yang paling kecik, jadi dia terlepas hukuman.. bila hukum anak kerana kesalahan yang sama, hukum lah secara sama rata. This can make them think, they will get equal punishment on their mistake. (cewah akak speaking london pulak)
Kedua, Puji setiap perbuatan baik yang mereka lakukan. Semua orang suka sangat dengar pujian. Tipulah kalo ada orang yang tak suka kena puji. Jadi, puji lah anak anda selalu walaupun cuma perkara kecik yang dia lakukan.. contoh, masa dinner, dia makan nasi habis..walhal adik beradik yang lain tak habis makan..so boleh lah puji " bagus adik, pandai makan nasi sampai habis kan". Mesti si anak akan tersengih-sengih tersipu malu mendengar pujian tu...

Ketiga, Berterima kasih di atas pemberian yang dihulur. Berterima kasih ni adalah basic yang kita perlu ajar anak-anak kita supaya mereka tahu menghargai sesuatu. Tak susah pun, sebagai contoh, terima kasih sebab tolong jaga adik, terima kasih sebab jadi budak baik sepanjang hari...macam-macam lagi lah..

Sesetengah ibu bapa, malu untuk berterima kasih pada anak. Kalo ibubapa sendiri tak mulakan, bagaimana anak-anak akan ikut. ye tak?

You'll be surprise, si anak akan berterima kasih juga pada kita sebab dah terbiasa dengar kita berterima kasih pada mereka. Pernah sekali, selepas buatkan susu untuk si kecik yang baru nak injak ke-2 tahun, dia dengan pelat nya kata.."sama-sama". So faham la, sebenarnya die nak ucap terima kasih..cuma masih kecik tak tahu apa yang ingin dikatakan...



Yes, sometime memang kita tidak tertahan rase marah dengan tingkah laku mereka. Sekali sekala marah it's ok. Some oversea parent menggunakan pendekatan denda bagi anak-anak yang buat salah. 

Adakala nya cara ini berkesan. 

Ada satu hari, saya denda anak yang buat salah dengan kurung di bilik gelap. It's works. Mereka behave untuk beberapa minggu.  Lumrah si kecil yang memang tengah lasak. Don't expect they will behave all the time after one punishment ya.

Ada yang mengatakan, anak yang lasak itu adalah anak yang pintar dan creative! So let it be... Sel-sel otak sedang berhubung..biarlah mereka menerokai dunia mereka sendiri...

So kalo nak marah..ketap jer bibir tu supaya tak terkeluar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya..hehe

So, cukup lah sampai di sini..
sehingga berjumpa jagi :)




Ahad, 12 Mac 2017

Apam susu untuk minum petang

Assalamualaikum semua..

Hari ni cerita santai-santai je ye...

Bagi ibu-ibu bekerjaya, hujung minggu pastinya sibuk selesaikan kerja rumah..membasuh..menjemur..melipat..

Bagi yang ada anak yang dah bersekolah pula, sibuk menyiapkan keperluan persekolahan..menggosok baju dan sebagainya..

Selesai semua, baru la duduk berehat..tapi sempat ke berehat hehe

Macam saya sendiri, baru nak feeling-feeling tengok cerita Hindi, si anak da mengadu lapar. Salah saya juga. Tengahri tadi tak masak nasi hanya spegeti goreng buat santapan putra puteri.

Di dapur cume ada tepung, telur dan gula. Minyak habis pulak. Sudah nya mengukus la kita.

Meng "google" resepi yang mudah tanpa perlu guna minyak. Maka keluar la resepi Apam susu dari blog Azlita Masam Manis

Resepi die seperti bawa ni:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung ( saya tukar dengan 2 sudu majerin yang dicairkan)
Pewarna yang di sukai
Perasa

caranya sebiji guna yang blog tu ajar sebab tak pernah tak jadi kalau gune resepi kak Azlita tu. 

1. Satukan tepung dan baking powder. lepas tu ayak bagi ringan. Sementara tu panaskan air dalam kukusan. 
2. Masukkan telur, gula, esen vanilla & ovellete dalam mixer dan putar hingga kembang. Ala sampai tukar kaler putih.
3. Lepas telur da kembang, masukkan susu pekat & majerin cair (kalo guna minyak masuk la minyak). 
4. Kemudian baru masukan tepung. 
5. Bila dah sebati, bole la warnakan or letak perisa yang diingini. 
6. Masukan dalam loyang yang di sapu majerin selang seli warna-warna. Ikut suka la kan nak corak apeπŸ˜€
7. Kukus selamat 40 minit atau sampai masak sekata. Nak tahu masak ke tak, cucuk la dengan lidi. 

Lepas 40 minit. angkat dan bole di makan.. 

Macam anak-anak saya, tak sempat sejuk dah suruh potong. So memang tak sempat nak ambil gambar haha.

Lain kali la ye saya ambil gambarπŸ˜€

Sehingga berjumpa lagi.


Sabtu, 11 Mac 2017

Busyuk nya kentut....



Salam hujung minggu semua....

Nampak tak tajuk seram yang saya nak cerita haha..

Saya perasan, selepas konsisten amalkan Ostematrix sebelum tidur, bangun je pagi memang segar badan, senang nak buang air besar dan yang paling ketara minggu pertama tu kentut memang busyuk..

Jadi, terpanggil la nak kaji gak ape sebab kentut bole jadi busyuk...

Kentut adalah campuran udara yang 'ditelan tanpa sengaja', yang kemudiannya masuk ke dalam sistem penghadaman. Ia masuk samada semasa kita bernafas, semasa mengunyah chewing gum ataupun makan dengan terlampau cepat. Udara ini nanti akan bercapur dengan gas yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus (bakteria dalam usus kita semua hasilkan gas semasa ia pecahkan gila dan kanji). Proses pecahan gula dan lemak ni saja dah hasilkan kira-kira 3-6 cawan gas dan gas-gas ini perlu dikeluarkan. Tak boleh simpan dalam perut lama-lama. (sumber : Greenaard )

Ok..faham tak ape yang sumber tu cerita tentang kentut πŸ˜€

Melalui pembacaan saya melalui google..Kentut busyuk ada kaitan dengan masalah kesihatan juga..

Sebagai contoh selepas korang ambik makanan dari produk tenusu (susu, keju, telur), jam-jam tu jugak nak terkentut, dan kebanyakan nya memang akan bau, itu menunjukkan badan ada masalah memproses laktosa (lactose intolerance). 


Dalam keadaan yang lain pula ia boleh jadi petunjuk kepada masalah yang lebih kronik tentang usus ataupun mungkin jangkitan gastroenteritis.Untuk kepastian, pergi la buat pemeriksaan di klinik.

Dalam kebanyakan kes pula, kentut busyuk ni adalah kerana masalah penghadaman antaranya sembelit, masalah usus dll. 


Tapi jangan risau la, ada pernah keluar di harian metro tak ingat tarikh bila, mengatakan kentut busyuk sebenarnya adalah petanda korang mempunyai tahap kesihatan yang baik sebab anda telah mengeluarkan gas dari badan.


Jika sekiranya anda memang mempunyai masalah penghadaman, jangan risau..amalkan je pemakanan bawang putih & halia. Supaya lebih lawas & membantu pembuangan angin dalam badan. 


Sehingga berjumpa lagi!






Isnin, 6 Mac 2017

Penting ke Vitamin C?


Assalamualaikum Semua...
Bismillahirahmanirahim...

Mulakan hari kita dengan sesuatu yang positive..Moga ia terus kekal positive sepanjang hari :)

Baca The Sun hari ni tentang Vitamin C Selamat..
So hari ni terasa nak cerita tentang keperluan vitamin C dalam kehidupan harian kita..



Semua orang perlukan vitamin C ( yang juga dikenali sebagai ascorbic acid), yang mana sangat-sangat penting untuk badan kita berfungsi. Badan kita sangat memerlukan vitamin C untuk pulih sewaktu terkena jangkitan seperti demam selsema, batuk dll. 

Kajian menunjukkan, keadaan seseorang yang dijangkiti penyakit akan mudah sembuh dan kurang mendapat simtom yang teruk sekiranya konsisten mengambil 1000mg vitamin C setiap hari. Akan tetapi, jumlah keperluan setiap orang adalah tidak sama. Ia dipengaruhi oleh cara hidup dan pemakanan juga. 

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai stress harian yang tinggi, kekerapan merokok yang tinggi atau kerap berjaga malam, memerlukan kadar vitamin C yang tinggi kerana jumlah nutrient yang digunakan lebih banyak untuk mengurangkan jumlah kerosakan dalam badan akibat daripada aktiviti tersebut.  


Jadi, Vitamin C sangat terbukti dengan keupayaannya untuk memperkasakan sistem pertahanan badan terutamanya sel darah putih yang mana ianya adalah komponen penting dalam sistem pertahanan badan manusia. 

Antara sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Jadi, kene lah cari vitamin C ni dalam sumber makanan atau makanan tambahan
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Ahad, 5 Mac 2017

Kenapa Bayi Lebih Mudah Lena ketika Menyusu??


Assalamualaikum....
Bismillahirahmanirahim...

Ibu-ibu yang menyusukan anak perasan tak, bayi anda lebih mudah lena ketika menyusu berbanding sewaktu tidur tanpa menyusu?? 

Baru menyusu tak sampai lima minit, tiba-tiba bayi sudah lena tidur dengan puting payudara ibu masih di dalam mulut.

Mungkin ada yang tak perasan. Tapi, betul. Bayi akan lebih mudah lena sewaktu menyusu.

Beberapa kajian menyatakan, ini adalah kerana sebab-sebab berikut;

πŸ’Ÿ Posisi penyusuan susu ibu adalah zon yang paling selesa
πŸ’Ÿ Susu Ibu mempunyai rasa manis dengan suhu yang ideal
πŸ’Ÿ Degupan jantung dan kehangatan badan ibu memberikan rasa selamat ditambah dengan belaian kasih sayang seorang ibu

Jadi, ibu- ibu semua.. ni salah satu TIPS nak tidurkan baby tau ! 

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga.

Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Jadi, untuk menjayakan penyusuan, si ibu haruslah lebih kreatif untuk mengejutkan bayi yang tertidur semasa menyusu. 

Ingin mengetahui lebib lanjut tentang set penyusuan shaklee?? Baca entry ini.



Apa lagi..jom calling-caling:
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Sabtu, 4 Mac 2017

NAK KURUS: DETOX LEBIH PENTING DARI DIET

Bismillahirahmanirahim...

Salam hujung minggu semua..

Kenapa detox sangat penting malah lebih penting sebelum mulakan program diet?

DETOX Adalah 1st step sebelum memula kan Diet. 

Tujuan utama Detox adalah untuk membuang segala toksin ( chemical, asap rokok, asap pencemaran, logam berat) dalam badan kita. kenapa orang mudah gemuk semula lepas kurus?

Lemak yang tersimpan dalam badan tujuannya utk melindungi badan dari toksin. Bila kurus, tanpa buang toksin terlebih dahulu, peratusan toksin akan jadi lebih banyak dan akibatnya, badan akan mudah utk kembali gemuk.

Jadi cara nak elak untuk rebound, buat detox dahulu sebelum memulakan proses nak kurus. 

Saya ada menulis beberapa artikel tentang detox sebelum ini. Korang boleh baca disini

Jadi, selapas proses detox, badan korang dah ready untuk memulakan rutin diet!

Sehingga berjumpa lagi....


Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ ⌨
 Blog: http://juemuen.blogspot.com
 ✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Jumaat, 3 Mac 2017

Leganya..Period Pain Hilang Lepas Makan Ostematrix


Assalamualaikum..
Nak story satu kisah benar di office..
Baru-baru ni, ada kawan di office monyok je. bila ditanya kenapa, dia beritahu sebab period pain..

Nasib baik lah ada standby ostematrix di office. So Saya pun bagi la kawan tu 4 biji ostematrix. kesian jugak tengok. Beberapa jam lepas tu, tengok si kawan ni ke hulu ke hilir sibuk buat kerja. So saya tanya lagi.. "dah elok ke? ". si kawan jawab, " ha dah okay lah. apa nama ubat jue bagi tu..bulan depan saya nak beli lah.."

Eh napa tak percaya pulak. Betul lah ostematrix ni membantu lega kan period pain. 

Sebenarnya semasa period, level kalsium dalam darah turut berkurangan dan menyebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot – otot uterus. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk individu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak, alkohol serta kopi semasa period turut menyebabkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja juga boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam badan dan seterusnya mengakibatkan senggugut.

So, kenapa ostematrix?? 
Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain.Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


Di Shaklee, supplemen kalsium-magnesium (Cal-Mag) dikenali sebagai OsteMatrix.

Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, bersamaan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mgmagnesium…so kalau hari biasa ,ambil 2 biji.. is good enough for u to prepare sebelum kedatangan kawan baik kita tu..





Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108