Rabu, 18 April 2018

5 Tips untuk bantu anda pilih sumber Protein yang betul

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..

Ok, seperti yang dijanjikan.. Jom sambung artikel sebelum ni bagaimana pula nak pilih sumber Protein yang betul?


1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, Sumner berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan,
mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.




Jangan lupa.. Sekarang tengah promosi ESP. Jangan ketinggalan untuk dapatkan stok ESP anda sempena nak puasa ni. Supaya Kenyang lebih lama :)

Salam Sayang,
Juemuen


Isnin, 16 April 2018

Kenapa kita perlukan protein dalam rutin harian kita?

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..
Diharap semuanya sihat-sihat belaka la hendak-Nya ya... 

Hari tu saya janji untuk sambung tentang nutrien bagi wanita kan...tapi, memandang kan sekarang ni tengah hangat promo ESP, saya terpanggil untuk menulis tentang ESP Shaklee la hari ni..

Kenapa kita perlukan protein dalam rutin harian kita?

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Jadi, kita perlu ambil lebih protein untuk:
  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.3, 4


Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. 

Jom lihat ringkasan keperluan protein yang telah shaklee sediakan di bawah.






So, bagaimana pula nak pilih sumber Protein yang betul? Jeng..jeng..jeng..
Kita sambung dalam artikel akan datang la ye..

Jika nak tahu lebih lanjut tentang Protein Shaklee - ESP, bole baca dalam artikel saya sebelum ni di sini ya.

Jangan lupa.. Sekarang tengah promosi ESP. Jangan ketinggalan untuk dapatkan stok ESP anda sempena nak puasa ni. Supaya Kenyang lebih lama :)

Salam Sayang,
Juemuen










Rabu, 11 April 2018

Nutrient keperluan harian bagi Lelaki 30an - 40an

Assalamualaikum..Maaf semua..

Semalam tidak diberikan kesempatan untuk menulis di blog ni..

Ok, seperti yang dijanjikan.. Jom sambung artikel sebelum ni berkenaan what is your needs bagi lelaki berumur lingkungan 30an - 40an.

Lelaki berumur lingkungan 30an - 40an selalu nya mempunyai tanggungjawab yang besar. Memerlukan tenaga yang banyak dalam melaksanakan rutin harian yang semestinya sibuk.


Jadi, apa yang mereka perlukan?







kesimpulannya, keperluan nutrien minimum yang diperlukan oleh lelaki telah dicadangkan oleh shaklee dalam Set Kecergasan (Vitality Set) yang mana ia dicipta khas untuk lelaki yang mahukan kesihatan dan kecergasan. Menyokong tenaga yang berterusan, menggalakkan kesihatan menyeluruh yang baik dan mengekalkan kekuatan otot untuk tubuh yang sihat dan cergas.

  1. Sustained Release Vita-C Plus: Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.
  2. OmegaGuard : Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.
  3. Vita-Lea Iron Formula : Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.
  4. B-Complex: Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
  5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder : Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  6. Vita-E Complex : Sokongan antioksidan untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan yang baik.
Ok.. cukup la sampai disini... Di artikel akan datang saya akan cerita tentang keperluaan nutrient bagi wanita pula ya.

Salam Sayang,
Juemuen

Isnin, 9 April 2018

Lelaki juga perlukan supplement!

Assalamualaikum semua..

Seperti yang di janjikan..alhamdulillah saya diberi kekuatan dan kesihatan untuk menulis dan berkongsi di dalam blog ni...

Jadi, untuk step yang kedua adalah nutrient  yang dianggap keperluan setiap orang itu sendiri (Your Needs) dan semestinya ia berbeza untuk lelaki mahupun wanita. Berbeza juga dari segi umur dan fizikal.

So hari ini, saya hanya fokuskan artikel ini untuk nutrient keperluan bagi lelaki. 




Apa yang ada dalam Step 2 bagi lelaki ni??




Set Kecergasan (Vitality Set)
Dicipta khas untuk lelaki yang mahukan kesihatan dan kecergasan. Menyokong tenaga yang berterusan, menggalakkan kesihatan menyeluruh yang baik dan mengekalkan kekuatan otot untuk tubuh yang sihat dan cergas.

  1. Sustained Release Vita-C Plus: Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.
  2. OmegaGuard : Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.
  3. Vita-Lea Iron Formula : Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.
  4. B-ComplexVitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
  5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder : Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  6. Vita-E Complex : Sokongan antioksidan untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan yang baik.


Set Amazing Golden Untuk Lelaki
Untuk memenuhi keperluan nutrisi anda dan menjadikan anda kekal sihat dan aktif di usia emas. Menyediakan tenaga yang berterusan, menyokong kesihatan yang baik, menyokong tulang yang sihat dan mengekalkan kecergasan.

Set ini Kombinasi Daily Essentia Set + Vitality Set dan juga penambahan dua produk:


  1. OsteMatrix : Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
  2. Vivix :Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Jadi, what is your needs? Meh cerita dengan lebih specifik keperluan mengikut peringkat umur. Kita mulakan dari yang muda ya -  lelaki berumur lingkungan 20an. 

Apa?? muda-muda pun perlu supplement?
of course la kan. Sebelum tu, kena betulkan tanggapan bahawa "Shaklee ni adalah Supplement dan bukan nya ubat penyembuh penyakit". Kene ingat tu ya.

Ok, dari mana nak mula haha.... kita start tengok gambar ni ye...



Ok, ini antara vitamin yang lelaki muda lingkungan 20an perlukan. Jadi, mengikut Chart diatas, tentukan masalah yang anda hadapi, baru la anda tahu ape supplement yang sememangnya anda perlukan.


Rasanya cukup la sampai disini..kalo panjang sangat takut bosan pulak kan haha

So saya akan sambung untuk peringkat umur yang lain di dalam artikel yang akan datang ya. 

Salam Sayang
Juemuen





Ahad, 8 April 2018

Video tribute to ESP #1

Assalamualaikum..
Salam Hujung Minggu Semua..

Sempena bulan ESP ni, saya ingin berkongsi satu video kegunaan ESP untuk tatapan semua. 

Korang tahu tak, selain dibancuh jadi minuman, atau smoothies, ESP juga bole dijadikan DIY masker yang membantu menyegarkan kulit juga mengecutkan jerawat. Saya pernah share resepi DIY masker menggunakan ESP di entry sebelum ini.

Jom sama-sama menonton video ringkas ni ye..



Doakan saya diberi kesihatan & kekuatan untuk berkongsi dalam entry akan datang ye.

Salam Sayang,
juemuen
0132299108

Sabtu, 7 April 2018

Si anak sedang belajar dari persekitarannya..jangan ditegah!

Assalamualaikum..selamat hujung minggu semua..


Jadi topik hujung minggu ni kita santai-santai je la ye..



Menjadi ibu bapa masa kini sangat mencabar juga. Kita kekurangan masa (dan dana) namun tidak bermakna kita tidak boleh menggembirakan mereka.



Resepi kebahagiaannya adalah, kita perlu mendengar, berusaha sedikit, dan tambahkan pelukan dan kasih-sayang yang tidak bertepi.



Cewah, macam pakar motivasi pulak rase nye..haha



Ramai ibubapa buntu untuk melayan kerenah anak-anak yang semakin lasak. Ada yang hanya memberi gajet supaya si anak leka dan tidak mengganggu.



Cara saya, set timing untuk anak.



Kebiasaannya, bila tidak bersekolah, bukan main cepat & senang lagi budak-budak ni bangun. Kalo waktu sekolah, hai la..nak pujuk bangun pun lame.



Seawal jam 8 pagi, pastikan si anak mengambil sarapan. Sarapan pagi ni penting ye.



Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Dah...jadi pakar pemakanan pulak...haha



Jadi, jangan lupa beri anak-anak sarapan yang seimbang. Ibubapa nye perlu juga sarapan. Jangan pulak, bagi anak makan, si makbapak nye tak makan, diet konon nye.



No..no..no..Sarapan adalah yang paling penting walaupun sedang berdiet.




Selalunya, selepas sarapan barulah saya biarkan anak-anak mandi sendiri. Bukan apa, da makan comot-comot, bia la diorang mandi baru la hansem & cantik.Ye tak.



Saya akan biarkan mereka mandi sendiri bermain air. Tapi jangan lupa tengok pulak.



Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Contohnya: Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!



Selesai mandi, pastinya bilik air tu bersepah. So pembelajaran kedua, mintak si anak kemas bilik air itu seperti keadaan asal.



Sebenarnya, banyak je pembelajaran yang si anak dapat secara tidak langsung cuma ramai ibubapa yang tidak perasan.



Dan yang berlaku, gangguan emosi.. " kenapa bilik air ni bersepah...kenapa main sabun ni..kenapa itu..kenapa ini..." yang mana akan membantutkan pembelajaran si anak.



Dah selesai semua, baru la bagi gajet sekejap atau tengok kartun di TV. Anak-anak perlu juga masa leisure diorang. Selalu nya tak lama, mereka akan bosan dan mula bermain.



Biarla mereka bermain. Dengan bermain otak mereka akan berkembang. Ketika bermain, pelbagai gerakan fizikal dilakukan. Dengan pergerakan ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya.



Oh ya, jangan lupa sediakan snack di tempat yang mudah dicapai. Selepas sakan bermain, mereka pastinya pastinya lapar.



Pembelajaran seterusnya, ajar mereka mengambil makanan sendiri jika lapar. Bukan sahaja si ibu mudah (tak payah ulang alik ke dapur sediakan makanan) si anak dapat belajar berdikari "bila lapar, perlu makan".



Tengahari pula, ajar mereka makan ikut masa. Duduk dimeja makan, makan bersama-sama. Mulakan dengan doa, gunakan tangan kanan dan jangan main sewaktu makan.



Memang susah sikit bab ni, tapi insyaAllah, jika di ajar berulangkali si anak pasti akan ikut.



Jam 2 petang, set kan sebagai waktu tidur. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.



Jam 5 atau 6, bawalah mereka beriadah seketika. Bermain basikal, main kejar-kejar dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.



Jadi kesimpulannya, dalam rutin harian anak-anak, mereka sedang belajar. Jangan ditegah. Kawal lah emosi supaya tidak membantutkan pembelajaran si anak.


Harap artikel ini membantušŸ˜Š




Sehingga bertemu lagi.



juemuen.




Jumaat, 6 April 2018

Nutrient harian yang dicadangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee

Assalamualaikum semua....
Lama betul meninggalkan blog kesayangan ni...kesibukan melanda..

Seperti yang dijanjikan di dalam entry sebelum ni (last posting tahun 2017 hahahaha setahun dah berjanji nye haha maafkan saya), dalam setiap entry akan datang bermula entry ini, saya akan berkongsi dengan lebih terperinci mengenai set-set kesihatan yang diperkenalkan oleh shaklee dalam easy guide yang di cadangkan oleh shaklee..

Jadi, kita mulakan dengan set pertama...iaitu:



Daily essential set atau Set keperluan Nutrient harian ini adalah sama untuk wanita atau lelaki. Kedua-duanya (lelaki dan wanita) memerlukan keperluan  nutrient yang sama untuk keperluan kesihatan yang optimal. 


 Apa yang ada dalam set ni?
Seperti sebelumnya, saya sangat tekankan pengambilan B-Complex, Vitalea Iron dan Vitamin C untuk boost tenaga sepanjang hari. 

Pakar Nutrisi Shaklee mencadangan 5 nutrient asas sebagai energy booster. Selain 3 nutrient yang saya cadangkan, shaklee mencadangkan penambahan protein (ESP) dan Omega sebagai antara nutrient yang penting dalam daily meal kita.. 

Kenapa??

ESP adalah sumber protein dimana salah satu nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. 25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN. Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP bole baca entry ini ya.


So, kenapa pula Omega penting sebagai nutrient harian?
kerana....Omega-3s telah terbukti menurunkan paras Kolesterol Jahat (LDL) dan mengurangkan risiko serangan sakit jantung. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Omega bole baca entry ini ya.


Jadi, minimum B Complex, Vitalea Iron & Vitamin C perlu ada dalam diet harian. Tetapi seeloknya lengkapkan diet harian yang dilengkapi Protein (ESP) dan juga Minyak Ikan (Omega).


Sehingga bertemu lagi..Doakan saya diberi kekuatan menyiapkan artikel-artikel yang seterusnye ye..

~juemuen~