Sabtu, 7 April 2018

Si anak sedang belajar dari persekitarannya..jangan ditegah!

Assalamualaikum..selamat hujung minggu semua..


Jadi topik hujung minggu ni kita santai-santai je la ye..



Menjadi ibu bapa masa kini sangat mencabar juga. Kita kekurangan masa (dan dana) namun tidak bermakna kita tidak boleh menggembirakan mereka.



Resepi kebahagiaannya adalah, kita perlu mendengar, berusaha sedikit, dan tambahkan pelukan dan kasih-sayang yang tidak bertepi.



Cewah, macam pakar motivasi pulak rase nye..haha



Ramai ibubapa buntu untuk melayan kerenah anak-anak yang semakin lasak. Ada yang hanya memberi gajet supaya si anak leka dan tidak mengganggu.



Cara saya, set timing untuk anak.



Kebiasaannya, bila tidak bersekolah, bukan main cepat & senang lagi budak-budak ni bangun. Kalo waktu sekolah, hai la..nak pujuk bangun pun lame.



Seawal jam 8 pagi, pastikan si anak mengambil sarapan. Sarapan pagi ni penting ye.



Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Dah...jadi pakar pemakanan pulak...haha



Jadi, jangan lupa beri anak-anak sarapan yang seimbang. Ibubapa nye perlu juga sarapan. Jangan pulak, bagi anak makan, si makbapak nye tak makan, diet konon nye.



No..no..no..Sarapan adalah yang paling penting walaupun sedang berdiet.




Selalunya, selepas sarapan barulah saya biarkan anak-anak mandi sendiri. Bukan apa, da makan comot-comot, bia la diorang mandi baru la hansem & cantik.Ye tak.



Saya akan biarkan mereka mandi sendiri bermain air. Tapi jangan lupa tengok pulak.



Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Contohnya: Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!



Selesai mandi, pastinya bilik air tu bersepah. So pembelajaran kedua, mintak si anak kemas bilik air itu seperti keadaan asal.



Sebenarnya, banyak je pembelajaran yang si anak dapat secara tidak langsung cuma ramai ibubapa yang tidak perasan.



Dan yang berlaku, gangguan emosi.. " kenapa bilik air ni bersepah...kenapa main sabun ni..kenapa itu..kenapa ini..." yang mana akan membantutkan pembelajaran si anak.



Dah selesai semua, baru la bagi gajet sekejap atau tengok kartun di TV. Anak-anak perlu juga masa leisure diorang. Selalu nya tak lama, mereka akan bosan dan mula bermain.



Biarla mereka bermain. Dengan bermain otak mereka akan berkembang. Ketika bermain, pelbagai gerakan fizikal dilakukan. Dengan pergerakan ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya.



Oh ya, jangan lupa sediakan snack di tempat yang mudah dicapai. Selepas sakan bermain, mereka pastinya pastinya lapar.



Pembelajaran seterusnya, ajar mereka mengambil makanan sendiri jika lapar. Bukan sahaja si ibu mudah (tak payah ulang alik ke dapur sediakan makanan) si anak dapat belajar berdikari "bila lapar, perlu makan".



Tengahari pula, ajar mereka makan ikut masa. Duduk dimeja makan, makan bersama-sama. Mulakan dengan doa, gunakan tangan kanan dan jangan main sewaktu makan.



Memang susah sikit bab ni, tapi insyaAllah, jika di ajar berulangkali si anak pasti akan ikut.



Jam 2 petang, set kan sebagai waktu tidur. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.



Jam 5 atau 6, bawalah mereka beriadah seketika. Bermain basikal, main kejar-kejar dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.



Jadi kesimpulannya, dalam rutin harian anak-anak, mereka sedang belajar. Jangan ditegah. Kawal lah emosi supaya tidak membantutkan pembelajaran si anak.


Harap artikel ini membantušŸ˜Š




Sehingga bertemu lagi.



juemuen.