Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2013. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Ingin tahu kenapa suplemen yang anda ambil tidak berkesan??


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...

hari ni nak share info untuk kebaikan & pengetahuan kita..

"ambil supplement kurus..orang tu makan ok jer turun berat..saya makan makin naik plak..."
"kate supplement ni bole tingkatkan selera anak..tapi same jer anak saya tak de perubahan pun.."

kerap kali di ajukan pertanyaan sebegini...jangan salahkan supplement yang anda ambil jika anda sendiri tidak disiplin, tidak konsisten, tak kawal pemakanan dll..
Hari ni nak share kenapa sesetengah supplement yang kita ambil tidak berkesan.. 

✿Kurang minum air kosong✿
 >> tubuh kita memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan proses penyerapan suplemen secara berkesan. Ramai yang mengalami masalah untuk minum air kosong lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja dan ramai yang lebih suka minum air manis. Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. 

✿Konsisten ✿
>> ramai yang nak dapatkan kesan dengan cepat tapi tidak mengambil vitamin dengan konsisten. Sekejap makan, sekejap tak. Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 90-120 hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Kesan vitamin terhadap seseorang juga berbeza, ada yang cepat dapat melihat kesan tetapi ada yang lambat. Jadi bersabarlah dan pastikan anda konsisten dalam pengambilan vitamin.

✿Elak makan vitamin sekaligus
 >>apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 

✿Elak ambil vitamin bersama ubat
 >> sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor. 

✿Elak ambil kafien 
>>tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

✿Pantang larang makan vitamin
>> tahukah anda multivitamin@vitalea tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Vitamin E dan GLA pula tidak boleh diambil bersama alfafa kerana alfafa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.





Nak Tahu pasal shaklee???Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com
 ✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Isnin, 16 Disember 2013

Assalamualaikum & selamat pagi semua....
Nak share simple jer ari ni :)

Memang biasa la kan preggy women akan sakit2 badan, belakang sebab nak support perut yang semakin membesar..
apa yang saya amalkan untuk mengatasi hal ini???
tentunya Shaklee Ostematrix bukan sekadar kalsium..

Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis
********************************************
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
*Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
*Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
*Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Sebiji Shaklee OsteMatrix Membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium





Ia berkesan dengan saya...mengatasi masalah sakit-sakit belakang & cramp...Jom la cube..
Sepanjang tempuh hamil ni saya akan share..apa sahaja masalah saya ketika hamil & bagaimana saya atasinya dengan shaklee...

Sehingga bertemu lagi di post yang akan datang :)


Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Rabu, 11 Disember 2013

Menempuh awal kehamilan dengan shaklee


Assalamualaikum semua...
lame tak update blog ni kerana kekangan masa..
Hari ni nak share experience sendiri..
Alhamdulillah...sejak amalkan shaklee memang tenaga keep high level..sampai terlebih-lebih subur haha
Kini dah sah mengandung 17 weeks..


Recently saja la nak buat experiment sendiri..
memang saya amalkan B-Complex & Ostematrix sahaja tanpa vitalea & vitamin C untuk awal kehamilan ni..
masa check (baru 2x jer g klinik gomen) nurse puji, "o..ade alah ke..hb ok,gule ok..macam tak de alah je"
ape lagi...kembang semangkuk ler..dalam hati "sbb makan shaklee le tuh"
so sebelum check up seterusnya..saja menggatal nak buat experiment.. saya stop makan B-Complex tu
wah...akibat nye kene bebel dengan nurse..
"HB da turun dah ni..xmakan ubat saya bagi la tu..makan ubat..bahaya tau HB turun"
adoiyai...panas je telinge :)
So memang terbukti la eh.. B Complex shaklee juga membantu ketika kehamilan ni.. Sejak kenal shaklee, dah jarang makan ubat hospital or klinik...inginkan kesihatan secara semulajadi :)



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini 

Isnin, 7 Oktober 2013

Raja tumbuhan - Alfalfa




Alfalfa merupakan tanaman yang dikenal mempunyai berbagai manfaat kesihatan.

Alfalfa (Medicago sativa) termasuk dalam keluarga kacang-kacangan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.

Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4,5 meter.Kerana akar yang menghujam dalam itulah, tanaman ini terkenal tahan kekeringan.

Dipercaya pula, sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak biasa dijumpai di permukaan tanah.

Hal ini membuat tanaman ini istimewa sehingga dinamai alfalfa oleh orang Arab yang berarti ayah dari tanaman.

Orang Arab menemukan kuda-kuda mereka menjadi kuat dan bugar setelah beberapa lama makan alfalfa.
Alfalfa telah digunakan sebagai ubat herbal sejak berabad-abad dalam perubatan tradisional Cina dan ayurveda.

Kebaikan Alfalfa :

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
Penghadaman
Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
Gastrik
Penyakit kulit (Eczema)
Kurang darah (Anemia)
Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.



(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .

Alfalfa Shaklee dihasilkan sepenuhnya dari alfalfa yang segar dan asli. Alfalfa juga dicampur bersama vitamin E dalam Vit E-Complex untuk menghasilkan kebaikan yang maksimum.


Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com
 ✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108

Rabu, 4 September 2013

KHASIAT AIR KELAPA PADA IBU HAMIL


Hai semua...baru berkesempatan membuka blog hari ni :)
ok hari ni nak cite-cite santai untuk knowledge sharing jer... ape cerita hari ni...
"AIR KELAPA"


Masyarakat kita memang dah lama tahu tentang khasiat air kelapa ni sejak turun temurun lagi...dulu kalo demam panas je minum air kelapa insyallah akan kebah...kalo kene chicken pox pun minum air kelapa untuk sejukan badan..pendek kate banyak khasiat la air kelapa ni...Jom kite terjah...

Antara khasiat air kelapa muda untuk kesihatan anda ialah :

  • Air kelapa sebagai minuman isotonik kerana ia membekalkan tenaga dan mengandungi nutrien penting seperti kalsium, potasium, magnesium, sodium, riboflavin, klorida dan elektolit.
  • Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Malah kajian menunjukan  ia dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam badan.
  • Air kelapa berunsur alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid yang tinggi dalam badan manusia. Oleh itu ia dapat menstabilkan PH dalam badan anda. 
  • Dapat mengelak tubuh dari terhidrasi dengan menambah kandungan air dalam badan, memberi tenaga kepada badan anda seterusnya meningkatkan stamina badan.
  • Ia membantu melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh dan membawa oksigen ke sel badan manusia.
  • Air kelapa turut digunakan sebagai minuman diet kerana fungsinya sebagai minuman isotonik dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang tanpa menjejaskan bekalan nutrien penting kepada badan.
  • Air kelapa dapat meningkatkan sistem imunisasi di dalam badan bagi melawan penyakit.
  • Dapat mengubati pelbagai penyakit seperti selsema, demam campak, demam panas dan demam kuning pada bayi. Risiko mendapat penyakit kanser, buah pinggang dan batu karang dapat dikurangkan jika minum air kelapa muda. Ia juga dikatakan berkesan untuk mengawal AIDS.
  • Selain itu, ia dapat mengawal kandungan gula di dalam darah, jadi amat sesuai diminum oleh pesakit diabetes.
  • Ia dapat mengeluarkan toksid di dalam badan dan juga melawan kuman didalam tubuh anda. 
  • Mengatasi mabuk dan keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
  • Bagi yang panas badan, boleh minum air kelapa kerana ia dapat menyejukkan badan di samping menstabilkan suhu badan.
  • Berfungsi membersihkan sistem pencernaan dalam badan dan mengelaknya daripada tersumbat. 
  • Bersifat antigen, jadi berkesan untuk mengubati parut akibat terbakar, jerawat, gatal-gatal badan dan sebagainya.

Selain dari itu, ibu-ibu hamil juga dapat banyak manfaat jika amalkan minum air kelapa ni, orang tua dulu-dulu memang suruh minum air kelapa ni supaya anak bersih katenya...kenapa ibu hamil di suruh minum air kelapa???

Minuman isotonik alami
Minuman isotonik alami membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh.Air kelapa muda kaya dengan mineral, ianya membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Ibu hamil yang mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem , mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Acid Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanantubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan daripada jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
Membantu mencegah sembelit dalam  sistem pencernaan
Semasa kehamilan , hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersih usus dan sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kepada ibu-ibu hamil. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan tinggi yang biasa berlaku kepada ibu-ibu hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu yang seang mengandung.
Mencegah daripada keluhan "Heartburn"
Keluhan Heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering di alami oleh ibu hamil. Rasa seprti terbakar dan panas di dada,ini sangat mengganggu. sifat air kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh, membantu membaiki simptom-simptom  heartburn ke tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang meminumnya.
Mencegah kekejangan
Wanita yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem kaki. Ibu hamil di nasihatkan  4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda mengandungi 670 mg zat kalium. Amalam meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/krem pada kaki.
Membantu mengurangkan  "Morning Sickness"
Antara khasiat air kelapa , mampu mengurangkan rasa mual, pening-pening dan muntah yang biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.

Membantu proses bersalin
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.


Tapi, ada juga yang melarang mengambil air kelapa secara kerap. Kenapa???
Air kelapa ni berfungsi menueralkan darah, Jadi pengambilan secara kerap bole menyebabkan kita jatuh sakit pula kerana banyak vitamin & zat dalam badan telah diserap keluar.

So bila perlu minum air kelapa ni???
Air Kelapa ini sangat mujarab jika kita ambil pada waktu yang betul..bile pulak waktu yang betul ni hehe banyak nye pantang larang ek..hehe waktu yang betul adalah bile anda ade simptom-simptom seperti atas tadi..contoh nya demam panas, keracunan, ibu hamil (tapi jangan kerap), "heartburn", sembelit berpanjangan,  banyak lagi dan lagi satu yang paling penting..selepas pengambilan ubat-ubatan atau supplement. 

Kenapa perlu ambil air kelapa ni lepas ambil ubat atau supplement??
tentunya sebab nak neutral kan darah balik dari sebarang ubat & supplement yang tidak keluar melalui urine. Ini sangat penting supaya ubat & supplement yang tertinggal tu tidak jadi toksin dan seterusnya menjadi penyakit pulak..

huiiii...panjang pulak entry ni..ingat nak cite sikit jer hehe..kalo dah pegang keyboard ini la jadi nye..haha
so sampai disini dulu lah..sampai berjumpe lagi di entry yang akan datang....

Eh...jap...lupe plak nak iklan :) 
Di shaklee, Nutriferon dicipta khas untuk meningkatkan inteferon semulajadi dalam badan..sangat bagus dan berkesan...

Ni testimoni keluarga saya sendiri mengamalkan nutriferon
"masa anak yang kedua demam, saya masukkan suku nutriferon didalam susu nya sebelum tidur, esok nya memang kebah la demam nya..kalo dulu, stiap 4 jam memang akan terjaga untuk check suhu anak demam & bagi ubat demam, sekarang tak lagi, just bagi jer sebelum tidur, perlahan-lahan suhu nya akan turun & menjelang pagi demam nya dah kebah..sangat ajaib..so sekarang memang simpan jer stok nutriferon untuk diri sendiri & keluarga..."

lagi testimoni pengguna Nutriferon




Apa lagi jom calling2 
✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Selasa, 3 September 2013

Siasat Punca Susu Merundum


susu merundummm???lagi stress???
gambar hiasan sumbangan mr.google

Rata-rata mama mula panik bila susu merudum dan ramai juga yg terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Jadi apa kata bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. Perlulah diingat bahawa sama ada milkbooster atau suplemen bukanlah magic yg terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja ya (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja)...perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda ya tapi at the end of the day semuanya bergantung atas usaha anda sendiri dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri iaitu:

Supply & Demand

Banyak sebab sebenarnya yg boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum. Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:

1. Stress/Tekanan
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress yg dihadapi.

Dari segi penyusuan, stress adalah satu “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya mama stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi mama semua perlu tangani stress anda dengan baik jika tidak penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. Sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). Dan semasa sesi perahan jangan curi tengok ya nanti makin stress pula bila tengok hasil perahan…nanti lagi susah susu nak keluar.

Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

Dan dari segi teorinya, badan mama akan keluarkan Hormon Oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap...Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Dan kemudiaannya Hormon Oksitosin ini akan rangsang Kelenjar Pituitari untuk rembeskan pula Hormon Prolaktin yg kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi jika ikut logiknya, jika si ibu stress dan susah hati, macam mana nak hasilkan hormon oksitosin tu kan...Jadi always be happy & be positive ye mama semua :)

 2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.


3. Ponteng Sesi memerah/mengepam

Ini biasanya berlaku bagi mama-mama yang berkerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. Jangan begitu ya, adalah penting untuk mama semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Ada juga mama yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu baru hendak perah. Konsep ini adalah salah ya kerana semakin lama anda tunggu semakin bengkak Cik “B” anda dan akan menyukarkan proses memerah dan ini juga tidak baik diamalkan kerana untuk hari-hari yg berikutnya, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Untuk mama yang dirumah, sentiasalah susukan si manja anda secara langsung ya (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan juga rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat ya. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap ya.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu pengashilan susu dan penyusuan baby anda.  Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu.

Ada juga mama yg susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kit tersangatlah penting ya. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar ya.

6. Penggunaan pil perancang

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Mama semua perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar.

nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Mama yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan mengikut kumpulan makanan yg diperlukan? Dengan kesibukan seharian kadangkala ramai yg memandang lewa untuk mengambil makanan yg berkhasiat dan tidak kurang juga yg hanya memakan makanan kegemaran sahaja. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Di sinilah supplemen berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Mama yang menyusu  sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Lengkap 3M , klik di sini.


Untuk maklumat mengenai Set-Set Penyusuan lain selain Set 3M, klik di sini.

Jadi jika mama semua mengalami masalah dan situasi susu merudum jangan cepat panik ya...relax dan kenalpasti puncanya...cuba atasi dan insyaALLAH mama semua pasti akan dapat teruskan penyusuan sehingga baby berusia dua tahun atau lebih. Yang penting mesti kena semangat, yakin dan sentiasa positf.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini