Memaparkan catatan dengan label Gastrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gastrik. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2013

Gastrik semasa puasa???



Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa.

Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalah berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.

Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.

Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.

Sumber lain kalsium
****************
Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:
a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah)
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon
Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.

Shaklee OsteMatrix (Kalsium-Magnesium)
*********************************
Di Shaklee, makanan tambahan kalsium-magnesium (Cal-Mag) kami dikenali sebagai OsteMatrix. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

“Kenapa Shaklee tak buat sebiji ‘gedabak’ terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak.”

Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.

credit

Info terbaru saya belajar dari seorang doktor Homeophati yang turut menjadikan Shaklee supplement kepada pesakit beliau..beliau menyarankan pengambilan Kalsium bagi mengatasi masalah gastrik dan terutama mereka yang menjalani ibadah puasa.

Selain itu, pengambilan Energizing Soy Protein(ESP) turut membantu memberi tenaga & membantu mereka yang mengalami gastrik di bulan puasa ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyaki



So apa lagi, berminat dengan set ni??Hubungi saya untuk harga diskaun hanya di Vitamin2u.my;
 Jom hubungi saya;
 email saya di mamajueshaklee@gmail.com 
SMS/CALL/WHATAPPS: 013 2299 108
 FB Page: Vitamin2u.my