Memaparkan catatan dengan label Jemput Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jemput Rezeki. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2015

Kisah yang terkesan...Petikan dari buku Amalan Menjemput Rezeki (AMR)

Draf 1: Petikan dari buku Amalan Menjemput Rezeki (AMR) daripada Fathuri Salehuddin

Dari KL Sentral ke Seremban
***********************

Satu jam lagi azan subuh akan berkumandang. Aku membuka pintu hadapan rumah perlahan-lahan. Semua isi rumah masih tidur. Aku tutup semula pintu itu perlahan-lahan. Dan mula menghayun langkah dengan agak cepat.

Memang tiada cara lain selain cara ini. Aku sanggup hadapi sedikit kesusahan ini, asal saja aku tidak meminta-minta kepada orang.

Wang yang ada di poket sekadar cukup untuk tambang LRT. Ia memang cukup-cukup untuk membayar tambang stesen LRT ke KL Sentral sahaja. Tiada Bajet untuk makan, tiada bajet untuk apa pun kecuali hanya untuk tambang.

Justeru, hanya itulah caranya. Aku membetis sejauh 5 kilometer dari rumah ke stesen LRT, subuh-subuh begitu agar tidak dilihat orang, apatah lagi oleh keluarga sendiri. Biarlah tiada orang yang tahu, kesusahan ini; apatah lagi untuk meminta-minta. Tidak!

Sejurus sampai disana, baju yang dipakai sudah lencun. Basah bukan main. Namun, masa yang ada, cukup unuk aku duduk sebentar menghilangkan lelah sementara menunggu azan subuh.

Seperti magik, bila di dalam LRT pula, aku seperti penumpang yang lain. Baju lengan panjang putih, siapdengan tali leher yang bersimpul kemas. Wangi lagi. Nah...!aku bersedia untuk memulakan hari, sebagai seorang jurujual.

Dari KL Sentral aku menaiki keretaapi ke seremban. Dan didalam keretapi itulah aku menjual portable charger. Bermula dari KL hingga ke stesen Seremban. Dapatkah saudara bayangkan bagaimana caranya menjual barang dalam keadaan begitu?

Rupa-rupanya amalan mendahulukan perintah Allah (walau apa pun keadaan) merupakan latihan yang sungguh bermakna. Ia memberi kekuatan jiwa untuk berani mencipta impian besar biarpun pada ketika itu putaran roda hidupku sedang berada di paras paling bawah.


*****************************************************************************
TIADA WANG BUKAN BERMAKNA TIADA SEGALA-GALANYA...ALLAH KAN ADA...
*****************************************************************************

Menjual di dalam keretapi tidak perlu kenderaan. Kos perjalanan pun kecil saja. Prospek pun memang bawa duit. Adalah caranya untuk approach customer di dalam keretapiselain saya berdoa agar Allah hantar customer yang mudah.

Bila dikenang-kenang, memang agak lucu juga. Itulah aktiviti saya, berulang-alik dari KL Sentral ke Seremban. Keyakinan begini saya belajar di dalam keretapi. Jadi, kalau mahu dikatakan amalan, saya faham begini;

"Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah. Walau apapun keadaan kita ketika ini. Bermula lah dengan apa yang ada di tangan"

Saudara mahu tahu...tidak lama selepas itu apakah yang terjadi??

Ya..saya sudah tidak perlu lagi meneruskan aktiviti itu kerana saya sudah mengumpul modal dan mula mengambil barang itu (portable charger) secara borong. Saya sudah jadi pembekal...!

Nah..! Sekali lagi cuaca berubah. Rezeki pun begitu. Susah dan senang memang begitu. Silih berganti.

Credit: fb mudahnya menjemput rezeki , http://www.jemputrezeki.com/

Apa yang korang dapat daripada kisah ini??? bagi yang telah khatam buku Mudahnya Menjemput Rezeki, pasti dapat sedikit sebanyak extract keluar panduan dan juga nasihat berguna bahawa, rezeki lebih mudah jika dijemput bukan nya dicari!

Dalam kisah pendek ini pula menerangkan bahawa, segala usaha dan amalan menjemput rezeki kena lah seiring...yang penting "Sentiasalah bersangka baik terhadap Allah. Walau apapun keadaan kita".

Mulakan langkah dengan apa yang kita ada, berdoa dan percayalah rezeki itu datang dari Nya..

Semoga kita sentiasa mendapat rezeki yang berkat!

Jumirah

 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com
 ✍ : mamajueshaklee@gmail.com 

☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108