Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2018

Si anak sedang belajar dari persekitarannya..jangan ditegah!

Assalamualaikum..selamat hujung minggu semua..


Jadi topik hujung minggu ni kita santai-santai je la ye..



Menjadi ibu bapa masa kini sangat mencabar juga. Kita kekurangan masa (dan dana) namun tidak bermakna kita tidak boleh menggembirakan mereka.



Resepi kebahagiaannya adalah, kita perlu mendengar, berusaha sedikit, dan tambahkan pelukan dan kasih-sayang yang tidak bertepi.



Cewah, macam pakar motivasi pulak rase nye..haha



Ramai ibubapa buntu untuk melayan kerenah anak-anak yang semakin lasak. Ada yang hanya memberi gajet supaya si anak leka dan tidak mengganggu.



Cara saya, set timing untuk anak.



Kebiasaannya, bila tidak bersekolah, bukan main cepat & senang lagi budak-budak ni bangun. Kalo waktu sekolah, hai la..nak pujuk bangun pun lame.



Seawal jam 8 pagi, pastikan si anak mengambil sarapan. Sarapan pagi ni penting ye.



Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Dah...jadi pakar pemakanan pulak...haha



Jadi, jangan lupa beri anak-anak sarapan yang seimbang. Ibubapa nye perlu juga sarapan. Jangan pulak, bagi anak makan, si makbapak nye tak makan, diet konon nye.



No..no..no..Sarapan adalah yang paling penting walaupun sedang berdiet.




Selalunya, selepas sarapan barulah saya biarkan anak-anak mandi sendiri. Bukan apa, da makan comot-comot, bia la diorang mandi baru la hansem & cantik.Ye tak.



Saya akan biarkan mereka mandi sendiri bermain air. Tapi jangan lupa tengok pulak.



Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Contohnya: Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!



Selesai mandi, pastinya bilik air tu bersepah. So pembelajaran kedua, mintak si anak kemas bilik air itu seperti keadaan asal.



Sebenarnya, banyak je pembelajaran yang si anak dapat secara tidak langsung cuma ramai ibubapa yang tidak perasan.



Dan yang berlaku, gangguan emosi.. " kenapa bilik air ni bersepah...kenapa main sabun ni..kenapa itu..kenapa ini..." yang mana akan membantutkan pembelajaran si anak.



Dah selesai semua, baru la bagi gajet sekejap atau tengok kartun di TV. Anak-anak perlu juga masa leisure diorang. Selalu nya tak lama, mereka akan bosan dan mula bermain.



Biarla mereka bermain. Dengan bermain otak mereka akan berkembang. Ketika bermain, pelbagai gerakan fizikal dilakukan. Dengan pergerakan ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya.



Oh ya, jangan lupa sediakan snack di tempat yang mudah dicapai. Selepas sakan bermain, mereka pastinya pastinya lapar.



Pembelajaran seterusnya, ajar mereka mengambil makanan sendiri jika lapar. Bukan sahaja si ibu mudah (tak payah ulang alik ke dapur sediakan makanan) si anak dapat belajar berdikari "bila lapar, perlu makan".



Tengahari pula, ajar mereka makan ikut masa. Duduk dimeja makan, makan bersama-sama. Mulakan dengan doa, gunakan tangan kanan dan jangan main sewaktu makan.



Memang susah sikit bab ni, tapi insyaAllah, jika di ajar berulangkali si anak pasti akan ikut.



Jam 2 petang, set kan sebagai waktu tidur. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.



Jam 5 atau 6, bawalah mereka beriadah seketika. Bermain basikal, main kejar-kejar dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.



Jadi kesimpulannya, dalam rutin harian anak-anak, mereka sedang belajar. Jangan ditegah. Kawal lah emosi supaya tidak membantutkan pembelajaran si anak.


Harap artikel ini membantušŸ˜Š




Sehingga bertemu lagi.



juemuen.




Jumaat, 24 Mac 2017

Cabaran mak-mak yang ada anak kecik berderet

Assalamualaikum Semua...

Ramai kawan-kawan tanya, bagaimana keadaan dirumah dengan anak-anak kecik (macam saya empat orang yang bole dikatakan berderet gak la)..

Memang mencabar mempunyai anak-anak kecik yang rapat-rapat, tapi sebenarnya sangat meriah dengan riuh rendah suara bergaduh, menangis, gelak ketawa
( which kita sebagai ibu bapa pasti akan merindui saat-saat itu nanti).

Secara jujurnya, memang karam. Kemas ruang tamu, dining area bersepah. kemas dapur ruang tamu bersepah..Tapi from time to time, improved. 

Everyday is new learning day..just follow the flow..
ikut rentak anak sambil ajar lah mereka secara perlahan..

Ada yang kata, anak-anak saya baik boleh dengar kata, boleh disuruh-suruh. Alhamdulillah. Tapi, alhamdulillah anak-anak berkelakuan baik dihadapan orang.

Cara saya, 
Pertama, jangan pernah beza-bezakan anak-anak. Jangan sebab kan si adik yang paling kecik, jadi dia terlepas hukuman.. bila hukum anak kerana kesalahan yang sama, hukum lah secara sama rata. This can make them think, they will get equal punishment on their mistake. (cewah akak speaking london pulak)
Kedua, Puji setiap perbuatan baik yang mereka lakukan. Semua orang suka sangat dengar pujian. Tipulah kalo ada orang yang tak suka kena puji. Jadi, puji lah anak anda selalu walaupun cuma perkara kecik yang dia lakukan.. contoh, masa dinner, dia makan nasi habis..walhal adik beradik yang lain tak habis makan..so boleh lah puji " bagus adik, pandai makan nasi sampai habis kan". Mesti si anak akan tersengih-sengih tersipu malu mendengar pujian tu...

Ketiga, Berterima kasih di atas pemberian yang dihulur. Berterima kasih ni adalah basic yang kita perlu ajar anak-anak kita supaya mereka tahu menghargai sesuatu. Tak susah pun, sebagai contoh, terima kasih sebab tolong jaga adik, terima kasih sebab jadi budak baik sepanjang hari...macam-macam lagi lah..

Sesetengah ibu bapa, malu untuk berterima kasih pada anak. Kalo ibubapa sendiri tak mulakan, bagaimana anak-anak akan ikut. ye tak?

You'll be surprise, si anak akan berterima kasih juga pada kita sebab dah terbiasa dengar kita berterima kasih pada mereka. Pernah sekali, selepas buatkan susu untuk si kecik yang baru nak injak ke-2 tahun, dia dengan pelat nya kata.."sama-sama". So faham la, sebenarnya die nak ucap terima kasih..cuma masih kecik tak tahu apa yang ingin dikatakan...



Yes, sometime memang kita tidak tertahan rase marah dengan tingkah laku mereka. Sekali sekala marah it's ok. Some oversea parent menggunakan pendekatan denda bagi anak-anak yang buat salah. 

Adakala nya cara ini berkesan. 

Ada satu hari, saya denda anak yang buat salah dengan kurung di bilik gelap. It's works. Mereka behave untuk beberapa minggu.  Lumrah si kecil yang memang tengah lasak. Don't expect they will behave all the time after one punishment ya.

Ada yang mengatakan, anak yang lasak itu adalah anak yang pintar dan creative! So let it be... Sel-sel otak sedang berhubung..biarlah mereka menerokai dunia mereka sendiri...

So kalo nak marah..ketap jer bibir tu supaya tak terkeluar perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya..hehe

So, cukup lah sampai di sini..
sehingga berjumpa jagi :)