Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mac 2017

Kenapa Bayi Lebih Mudah Lena ketika Menyusu??


Assalamualaikum....
Bismillahirahmanirahim...

Ibu-ibu yang menyusukan anak perasan tak, bayi anda lebih mudah lena ketika menyusu berbanding sewaktu tidur tanpa menyusu?? 

Baru menyusu tak sampai lima minit, tiba-tiba bayi sudah lena tidur dengan puting payudara ibu masih di dalam mulut.

Mungkin ada yang tak perasan. Tapi, betul. Bayi akan lebih mudah lena sewaktu menyusu.

Beberapa kajian menyatakan, ini adalah kerana sebab-sebab berikut;

💟 Posisi penyusuan susu ibu adalah zon yang paling selesa
💟 Susu Ibu mempunyai rasa manis dengan suhu yang ideal
💟 Degupan jantung dan kehangatan badan ibu memberikan rasa selamat ditambah dengan belaian kasih sayang seorang ibu

Jadi, ibu- ibu semua.. ni salah satu TIPS nak tidurkan baby tau ! 

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga.

Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Jadi, untuk menjayakan penyusuan, si ibu haruslah lebih kreatif untuk mengejutkan bayi yang tertidur semasa menyusu. 

Ingin mengetahui lebib lanjut tentang set penyusuan shaklee?? Baca entry ini.



Apa lagi..jom calling-caling:
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Rabu, 29 Oktober 2014

Betul ke baby tak cukup susu sampai kena topup susu formula?

Sebagai ibu yang mengamalkan breasfeed, memang adalah tanggungjawab kita untuk siasat, kaji dan menambahbaik keadaan kite sendiri untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat untuk si kecil. Saya sendiri mencari-cari mana salahnya sehingga susu badan drop walaupun mengamalkan pemakanan yang seimbang... mesti ramai ibu-ibu mempunyai pengalaman seperti saya...ape lagi.. pak cik google la jawapan nye...



meh saya kongsi untuk panduan kita bersama...

TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP

1. Payudara masih terasa penuh walaupun selepas menyusukan bayi

2. Bayi kelihatan cerewet dan lemah. Dia mungkin tertidur dipangkuan tetapi akan jaga apabila anda meletakkannya ke tilam.

3. Berat bayi tidak bertambah selepas hari ke-lima.

4. Lampin basah lebih dari biasa dalam masa 24 jam selepas hari ke-lima kelahiran.

5. Air kencing berwarna gelap (seperti jus epal). Jika susu mencukupi, air kencing akan lebih jernih.

6. Penyusuan memakan masa lebih dari sejam dan bayi kelihatan tidak puas.

TANDA-TANDA BAHAWA SUSU CUKUP UNTUK BAYI

1. Payudara menjadi lembut selepas menyusukan bayi.

2. Selepas menyusu, bayi kelihatan lebih tenang, kenyang dan puas hati

3. Berat bayi meningkat selepas berlaku penurunan selepas lahir.

4. Selepas menyusu 'kolostrum', lampin basah hanya 1 atau 2 kali sehari. Manakala selepas menyusu 'susu' lampin basah biasanya 5-8 kali sehari (bergantung pada lampin atau diapers).

5. Pada bulan pertama kelahiran, bayi akan membuang sekurang-kurangnya 3 kali sehari, dan selepas hari ke-5, najis berwarna kekuningan. Pada usia sebulan, pergerakan usus kurang tetapi semakin normal apabila bayi mula makan solid food pada usia 6 bulan.

Credit to PAMA , BabyCentre

Dibawah ini BUKAN tanda susu kurang. Adalah normal sekiranya:

Bayi kerap menyusu
Susu ibu sangat mudah dihadam (mengambil masa 1.5-2 jam sahaja). Jadi, bayi yang menyusu dengan susu badan mesti menyusu dengan lebih kerap. Lagipun, bayi sangat suka didakap ibu kesayangannya..dia rasa lebih selesa, selamat. Jangan salah faham, sian baby..

Kekerapan dan tempoh menyusu meningkat secara mendadak
Ini dipanggil 'growth spurt". Pada masa ini, bayi akan menyusu lebih kerap, (mungkin setiap satu jam) dan sering meragam. Ibu jangan panik.Keadaan ini hanya sementara dan biasanya mengambil tempoh antara beberapa hari dan beberapa minggu.

Growth spurt biasanya berlaku- selepas bayi dilahirkan, 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan, dan 9 bulan. Setiap bayi adalah unik dan tidak semua bayi mengalami growth spurt dan tidak semua growth spurt berlaku dalam masa yang sama.



Growth spurt adalah semulajadi. Ibu diingatkan tidak mengambil suplemen pada waktu ini kerana tubuh ibu sedang meningkatkan penghasilan susu. Supplemen pada waktu ini akan beri isyarat negatif pada hormon.

Bayi meragam
Bayi memang akan meragam lebih-lebih lagi jika berasa perubahan seperti terlalu sejuk, terlalu panas, rasa tidak selesa dan sebagainya. Cara yang paling baik, dukung, dakap, dan kerap memberi payudara sebelum dia mula meragam.

Bayi minum susu dari botol dengan lahap walaupun selepas menyusu badan
Menurut pakar laktasi Kathy Kuhn, keadaan ini berlaku apabila ibu memberi botol, mulut bayi dipenuhi dengan susu. Bayi tidak menyedut tetapi susu mengalir keluar dari botol dan bayi TERPAKSA menelannya. Ini berlaku hingga sebotol susu habis. Keadaan ini sering disalahertikan sebagai 'bayi tak cukup susu'. Kesian lagi baby..

Tidak dapat memerah susu dalam kuantiti banyak
Amaun susu yang diperah, bukan ukuran bekalan susu kita! bayi yang menghisap secara efektif dari payudara mampu mengeluarkan lebih susu berbanding pam. Secara semulajadi, bayi memang tahu bagaimana menghisap susu (jika disuakan dengan betul) oleh ibu dia ;)


Inginkan set penyusuan shaklee??? Baca lebih lanjut disini

Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
 ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108  
Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Ahad, 26 Oktober 2014

Antara Sebab B Complex penting untuk ibu menyusu



Kebiasaan nya ibu-ibu menyusu ni adakala sensitif, ditambah moody bila kepenatan, ada juga yang cepat marah tak kurang juga kulit yang kusam. Rata-rata mereka adalah golongan ibu menyusu yang tak amalkan pemakanan yang sihat malah yang tak amalkan vitamin B complex. Ape kaitan dengan B Complex???





B Complex sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.

Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.

Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Adakah anda pernah menguap selepas makan??? Itu tandanya anda perlukan B Complex untuk mengelak makanan dari bermalas2 di dalam perut. (B Complex bantu proses makanan kepada tenaga).

Kenapa B Complex Shaklee adalah yang terbaik???
....kerana ia lengkap dengan 8 jenis vitamin B juga asid folid & biotin. 8 jenis vitamin B memberikan kesihatan yang sgt menyeluruh. Kebanyakan B Complex dipasaran tidak mempunyai Asid folid dah Biotin.

Setiap kumpulan  B Complex mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.
1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2) Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) Vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel.

dan tentu nya B Complex shaklee paling lengkap & murah dipasaran...Harganya serendah RM0.44 sebiji sehari. Best kan!!!



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com
 ☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Rabu, 15 Oktober 2014

Diari Penyusuan: Alamak.....Susu Merundum

Seperti ibu-ibu lain, kerana tuntutan tugas di pejabat kadang-kadang memang saya pun tidak dapat lari dari terlupa untuk mengambil supplement wajib setiap pagi saya iaitu B Complex & Vitalea..akibatnya erm..bile turn mengepam susu around jam 11 memang susu akan malu-malu nak klua huhu.

Memang nampak perbezaan pam with supplement dgn time terlupa supplement...time lupe nak dapat 3oz pun susah..

Kenapa pentingnya supplement utk ibu menyusu??? Meh nak cite kenape...

Rutin harian yg sibuk buatkan si ibu kekurangan nutrien penting yg diperlukan oleh badan..nutrien yg didapati dlm makanan tidak mencukupi kerana ia telah disalurkan pada baby melalui penyusuan..akibatnya badan si ibu kurang nutrien, letih, tidak bertenaga & seterusnya kilang susu tidak mampu memproses susu yg mencukupi.

Set Penyusuan Shaklee bukan lah boleh membanyakkan susu serta merta.Tapi ia mengambil konsep, jika ibu sihat dan ceria, susu akan melimpah ruah.Ia juga bergantung dengan demand & supply konsep..kerajinan si ibu memerah susu, direct breastfeed juga amat penting utk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekseklusif..
Cuba tengok konsep minda separa sedar dan minda sedar.

set penyusuan shaklee
Hanya 10% sahaja kuasa minda sedar ke atas tubuh kita. Lagi 90% dikuasai olleh minda separa sedar.

10% adalah ibu pam susu menggunakan peralatan pam terkini

90% adalah minda separa sedar yang merangkumi kondisi tubuh ibu, mindset ibu, mood ibu, dan banyak berkaitan perkara separa sedar.

Apa yang Set Penyusuan Shaklee bantu ialah untuk ibu menguasai minda separa sedar supaya susu lebih meriah.

Ok...ape yang ade dalam set penyusuan shaklee????
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix & ESP



B Complex: vitamin anti stress lengkap dgn asid folid. B Complex mengandungi riboflavin yang akan membuatkan susu tampak kuning. Oh bahagia sungguh hati ibu bila melihatkan susu yang diperah, bukan sahaja pekat, kuning pulak tu. Mesti anak minum kenyang sungguh ni. Penuh khasiat dan nutrisi! Ibu gembira! Bila ibu gembira, hormon oxytocin terhasil.Hormon ini lah memainkan peranan penting untuk hasilkan susu ibu yang melimpah ruah, dan bertambah melimpah ruah lah susu ibu.

Nampak perkaitannya di situ?

Vitalea : adalah multivitamin lengkap dgn iron & mengandungi 28 jenis vitamin yang membantu memberi tenaga serta  membantu memenuhi lompong kekurangan nutrisi dalam tubuh ibu. kita tak pasti tubuh cukup nutrisi. Tapi kalau pam, susu tak banyak.Mungkin sebab susu tak banyak, puncanya sebab tubuh kita kurang nutrisi dan ia membuatkan tubuh kurang efektif untuk hasilkan susu, jadi Vitalea bersedia untuk membantu

Vitamin C sangat bagus untuk merawat kelenjar susu yang terluka akibat ibu stress atau persekitaran stress.
Kalau kelenjar susu terluka, kita tak nampak, betul kan?Kalau tak nampak, macam mana nak rawat, betul tak?

Pengambilan Vitamin C merupakan salah satu langkah berjaga-jaga supaya kelenjar susu ibu kekal dalam keadaan terbaik.

Alfalfa: Alfalfa telah terkenal sebagai penggalak susu.Walaupun ia dikenali sebagai penggalak susu, ibu tetap wajib pam 2-3 jam sekali.

Ostematrix: adalah supplement kalsium.Paling best Ostematrix membantu hilangkan sakit pinggang dan lenguh badan saya.Dan lagi best, sebelum tidur ambil Ostematrix, esoknya Alhamdulillah bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga!Ibu yang segar dan bertenaga akan mempunyai mood yang lebih ceria dan berkeyakinan tinggi.

Ingat, ibu ceria menghasilkan susu yang lebih melimpah ruah.
.
ESP terkenal sebagai supplement yang membantu pekatkan susu. ESP adalah supplement protein. Protein memang bantu pekatkan susu.

Bayangkan ibu pam susu dan tengok susu pekat. Wahhh pekatnya, seronoknya.......

Oh ya...sekira nya ade kekangan kewangan...meh borak2 shaklee dgn saya..saya akan cadangan kan supplement mane satu yang sesuai dengan objektif & kewangan anda...Meh tgk testimoni penggemar set penyusuan shaklee....






Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Selasa, 3 September 2013

Siasat Punca Susu Merundum


susu merundummm???lagi stress???
gambar hiasan sumbangan mr.google

Rata-rata mama mula panik bila susu merudum dan ramai juga yg terus mencari alternatif dan terlalu bergantung harap pada milkbooster. Jadi apa kata bersedia dahulu sebelum terjadinya situasi sebegitu. Perlulah diingat bahawa sama ada milkbooster atau suplemen bukanlah magic yg terus boleh banyakkan stok susu anda dengan sekali pengambilan sahaja ya (ramai yg terus mahukan kesan dalam 1-2 hari pengambilan sahaja)...perlu berikan masa untuk suplemen bertindakbalas dengan badan anda ya tapi at the end of the day semuanya bergantung atas usaha anda sendiri dan yg penting jangan sekali-kali lupa konsep asas penyusuan susu ibu itu sendiri iaitu:

Supply & Demand

Banyak sebab sebenarnya yg boleh mempengaruhi penghasilan susu dan seterusnya menyebabkan susu sedikit menyusut atau merudum. Kenalpasti apakah punca penghasilan susu merudum dan cuba atasinya dengan sebaik mungkin. Berikut saya kongsikan beberapa punca yg mungkin boleh menyebabkan susu merudum:

1. Stress/Tekanan
Lumrah kehidupan, kita tidak boleh lari dari stress tapi apa yg boleh kita lakukan ialah bagaimana untuk menangani stress yg dihadapi.

Dari segi penyusuan, stress adalah satu “musuh ketat” yg boleh menganggu penghasilan susu. Sekiranya mama stress, susu pun jadi malu dan segan nak keluar. Jadi mama semua perlu tangani stress anda dengan baik jika tidak penghasilan susu makin lama akan makin menyusut. Sebelum memerah, tenangkan diri dan ambil masa dalam 5 minit untuk rehatkan minda dan bayangkan si comel anda. Minum segelas air suam dan perahlah sambil berzikir (bagi yg beragama Islam). Dan semasa sesi perahan jangan curi tengok ya nanti makin stress pula bila tengok hasil perahan…nanti lagi susah susu nak keluar.

Hormon Penyusuan - Oksitosin dan Prolaktin

Dan dari segi teorinya, badan mama akan keluarkan Hormon Oksitosin sebaik sahaja baby mula menghisap...Hormon ini dikaitkan sebagai Happy Hormone. Dan kemudiaannya Hormon Oksitosin ini akan rangsang Kelenjar Pituitari untuk rembeskan pula Hormon Prolaktin yg kemudiannya akan merangsang kelenjar susu untuk penghasilan susu. Jadi jika ikut logiknya, jika si ibu stress dan susah hati, macam mana nak hasilkan hormon oksitosin tu kan...Jadi always be happy & be positive ye mama semua :)

 2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah boleh menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Posisi penyusuan yang betul sangat penting bagi menjamin anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan berlangsung dan baby dapat menyusu dengan tenang dan puas.


3. Ponteng Sesi memerah/mengepam

Ini biasanya berlaku bagi mama-mama yang berkerja, alasannya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memerah dan ada juga ibu-ibu yg berasa malu untuk membawa peralatan untuk memerah dan sanggup untuk tidak memerah. Jangan begitu ya, adalah penting untuk mama semua ikut jadual memerah (tidak lebih dari 3 jam) supaya penghasilan susu dapat terus dihasilkan dengan baik dan susu tidak menyusut.

Ada juga mama yg sanggup tunggu hingga Cik “B” bengkak dan penuh dengan susu baru hendak perah. Konsep ini adalah salah ya kerana semakin lama anda tunggu semakin bengkak Cik “B” anda dan akan menyukarkan proses memerah dan ini juga tidak baik diamalkan kerana untuk hari-hari yg berikutnya, signal akan dihantar untuk hentikan penghasilan susu kerana tiada permintaan.

Untuk mama yang dirumah, sentiasalah susukan si manja anda secara langsung ya (DF) mengikut permintaan si manja anda. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga boleh menyebabkan susu merudum. Oleh itu, cuba dapatkan juga rehat yg secukupnya.  Kena pandai 'curi masa' untuk berehat ya. Mungkin ketika bayi tidur anda juga boleh “take nap” sekejap ya.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda masih ingin meneruskan penyusuan. Ada sesetengah ubat dan antibiotik yg diambil mungkin boleh menganggu pengashilan susu dan penyusuan baby anda.  Secara alternatifnya anda bolehlah mengambil suplemen semulajadi untuk membantu dalam masalah kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda  demam boleh cuba ikhtiar dengan pengambilan 2-3 biji Vitamin C (500mg).  Sekiranya badan anda tidak sihat, ia boleh menganggu penghasilan susu. Ketidakseimbangan hormon juga banyak mempengaruhi penghasilan susu.

Ada juga mama yg susunya sedikit menyusut tatkala datang bulan (haid/period). Salah satu faktor yg dikatakan penyebab kepada situasi ini adalah kalsium di dalam darah kita akan berkurangan setiap kali kita datang bulan. Jadi pengambilan kalsium secukupnya dalam diet harian kit tersangatlah penting ya. Anda boleh cuba Ostematrix dari Shaklee sebagai ikhtiar ya.

6. Penggunaan pil perancang

Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Mama semua perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Teknik Marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Cuba lakukan servis berkala untuk memastikan kecekapan pam anda sentiasa terjaga dan supaya proses pengepaman dapat berjalan lancar.

nak tahu bagaimana teknik marmet dilakukan, bole baca di blog MyLittleyYaya

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Mama yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Perlu cukup dan lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Dan perlukan kalori yg cukup setiap hari kerana menyusu memerlukan kalori dan tenaga yg tinggi. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan mengikut kumpulan makanan yg diperlukan? Dengan kesibukan seharian kadangkala ramai yg memandang lewa untuk mengambil makanan yg berkhasiat dan tidak kurang juga yg hanya memakan makanan kegemaran sahaja. Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Di sinilah supplemen berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Mama yang menyusu  sangat tidak digalakkan untuk mengambil air minuman bergas serta air berkafein, kerana kafein juga boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Penyusuan Lengkap 3M , klik di sini.


Untuk maklumat mengenai Set-Set Penyusuan lain selain Set 3M, klik di sini.

Jadi jika mama semua mengalami masalah dan situasi susu merudum jangan cepat panik ya...relax dan kenalpasti puncanya...cuba atasi dan insyaALLAH mama semua pasti akan dapat teruskan penyusuan sehingga baby berusia dua tahun atau lebih. Yang penting mesti kena semangat, yakin dan sentiasa positf.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Selasa, 20 Ogos 2013

Keajaiban susu ibu


Foto

Tinggi khasiat untuk bayi, jadikan EBM satu budaya dalam masyarakat
Dipetik dari Berita Harian

Penyusuan bayi begitu sempurna apabila bayi mendakap erat ibu dan bibirnya rapat dengan puting payudara ibu sehinggalah aktiviti menyusu berjalan dengan penuh kemesraan. Hubungan erat ini hanya dapat dinikmati suri rumah namun tidak bagi ibu bekerjaya yang terpaksa meninggalkan susu perahan (EBM) kepada pengasuh demi mengekalkan penyusuan badan. Wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru, apabila menjadi ibu, ia tidak janggal." Dr Faridah Idris, Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Justeru itu, sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia pada 1 hingga 7 Ogos lalu yang memetik tema Sokongan Penyusuan Susu Ibu: Dampingi Ibu, begitu baik diterapkan dalam kalangan insan yang berada dekat dengan si ibu sebagai tanda sokongan.

Memahami penyusuan ibu secara semula jadi, ia adalah kaedah terbaik memastikan bayi anda memperoleh zat yang diperlukan. Susu ibu amat tinggi khasiatnya dengan kandungan protein mudah hadam dan komponen pertahanan badan semula jadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit.

Kolostrum, susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit.

Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak- kanak sehingga dewasa. Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolesterol. Mereka juga didapati kurang mengalami masalah berat badan berlebihan serta Diabetes Mellitus jenis 2.

Beberapa data mengesyorkan individu yang diberi susu ibu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda. Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk anak.

Oleh itu, penyusuan susu ibu seharusnya diterapkan sebagai langkah pertama ke arah usaha mengurangkan permasalahan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak
serata dunia.

Kurang sokongan 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun dapat dikurangkan antara 13 hingga 20 peratus sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan secara eksklusif iaitu tiada makanan atau minuman tambahan, puting dan sebagainya) untuk tempoh enam bulan pertama dan diteruskan sehingga ke usia dua tahun atau lebih. Amalan penyusuan susu ibu eksklusif sebegini kemudian diikuti dengan pengenalan makanan tambahan bermula dari usia enam bulan.

Di Malaysia, kesedaran memberikan susu ibu semakin meningkat. Wanita menerima konsep penyusuan susu ibu selepas menyedari mengenai pelbagai manfaat.

Cuma, sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi masih kurang manakala sebilangan ibu menyusukan secara eksklusif pada tiga bulan pertama gagal meneruskan amalan terbabit apabila mereka kembali bekerja.

Sistem sokongan terhadap amalan penyusuan susu ibu secara berterusan boleh didapati dalam pelbagai kaedah. Sama ada secara tradisional iaitu melalui ahli keluarga atau kaedah lebih moden iaitu melalui kakitangan kesihatan terlatih, pakar perunding laktasi, ketua komuniti dan rakan.

Kunci kepada kejayaan amalan penyusuan susu ibu adalah memastikan wujudnya sistem sokongan secara berterusan khususnya dalam lingkungan kediaman dan komuniti mereka.

Dalam usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu secara menyeluruh, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia sebagai wadah kumpulan atau pertubuhan di serata dunia untuk meningkatkan kesedaran umum dan mendapatkan sokongan aktiviti terbabit.

Sokongan lain seperti perkhidmatan penjagaan bayi yang mesra penyusuan susu ibu, majikan yang menyediakan kemudahan untuk ibu menyusu dan kumpulan sokongan dalam masyarakat juga kritikal untuk memastikan ibu dapat mencapai impian penyusuan masing-masing.

Di peringkat keluarga, semua ahli keluarga terdekat termasuk suami, ibu dan ibu mentua adalah sistem sokongan yang diperlukan untuk ibu menyusu.

Sokongan pelbagai pihak bantu tingkatkan kesedaran 

Kerjasama pelbagai pihak bermula daripada penggubal polisi negara, institusi kesihatan, staf dan pengamal kesihatan, majikan, masyarakat dan keluarga sepatutnya digerakkan untuk memastikan penyusuan susu eksklusif ibu diamalkan secara meluas.

Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Dr Faridah Idris, berkata polisi penyusuan yang digariskan oleh Badan Kesihatan Sedunia dan Kementerian Kesihatan menggalakkan semua ibu menyusui bayinya dengan susu ibu saja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Katanya, dengan adanya polisi di peringkat tertinggi negara bagi mempromosi, menyokong dan melindungi penyusuan susu ibu, usaha serta strategi dapat direalisasikan.

“Pada abad ini hampir semua wanita bersalin di hospital. Peranan hospital membantu memberi ibu pengalaman yang positif. Hospital Rakan Bayi boleh meningkatkan kadar memulakan penyusuan ibu di hospital.

“Pihak hospital wajar meneruskan kesinambungan memberi sokongan kepada ibu selepas keluar dari hospital termasuk menggalakkan persediaan terancang menyimpan stok susu perahan sebelum kembali bertugas.

“Perahan susu disimpan rapi, dilabel tarikh dan waktu perahan dan ditempatkan secara teratur dalam peti dingin beku. Andai kata ini dilakukan secara teratur dan konsisten, EBM akan dapat dikumpulkan secukupnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia, digalakkan menyimpan EBM dua minggu sebelum mula bertugas. Menyusu badan boleh dilakukan seperti biasa untuk memastikan aliran susu berjalan lancar dan konsisten.

Jika ada masalah, ibu boleh merujuk kepada garis panduan disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia atau Academy of Breastfeeding Medicine.

Kualiti susu

Sekiranya penyimpanan EBM berkompromi, anda akan dapat mengesan perubahan pada EBM terbabit iaitu perubahan ketara dari segi warna, bau juga rasa. Namun demikian, adalah diketahui bahawa EBM yang disimpan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan bau serta rasanya akibat daripada tindakan enzim lipase, iaitu enzim yang mengurai komponen asid lemak bagi membantu proses penghadaman susu ibu.

“Tindakan enzim ini amat bermanfaat untuk bayi pramatang. Oleh itu,
jika berubah rasa dan bau akibat tindakan enzim lipase, EBM anda masih selamat dan tidak memudaratkan si manja. Meskipun demikian, terdapat juga bayi yang tidak mahu minum EBM terbabit. Fungsi enzim lipase yang penting ini akan ternyah andai kata EBM dipanaskan ke suhu melebihi 40 °C, maka amalan sebegini tidak digalakkan.

“Berbekalkan maklumat ini, bagi ibu yang menyimpan stok EBM perlu meneliti keadaan EBM mereka. Andainya perubahan ketara berlaku dari segi warna, bau atau rasa, mungkin penyimpanan EBM berkompromi dan tidak wajar diberi kepada bayi. Jangan gusar, ibu boleh juga merujuk bantuan pakar dan kaunselor laktasi mengenai kualiti susu yang diperah,” katanya.

“Saya berharap penyusuan ibu menjadi normal dalam masyarakat. Wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil, justeru apabila mereka menjadi ibu, ia bukan sesuatu yang janggal.

Rakan pembimbing 

Rakan pembimbing ini biasanya adalah wanita dalam komuniti yang sudah diberi latihan untuk menyokong penyusuan ibu. Mereka bergerak dalam komuniti masing-masing dan membantu ibu menyusu sama ada secara bersemuka di rumah ibu atau hospital, memberi sokongan di alam maya, melalui panggilan telefon atau mengadakan perjumpaan kumpulan sokongan.

Kajian mendapati sokongan akan pembimbing mampu meningkatkan tempoh penyusuan ibu di sesuatu komuniti.

Faedah Susu Ibu

1) Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.

2) Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.

3) Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lain- lain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.

4) Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta kanser ovari dan payudara.

5) Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.









Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Khamis, 16 Mei 2013

Pemakanan Semasa Laktasi








Penjagaan pemakanan sewakru laktasi atau penyusuan adalah penting untuk kesihatan ibu & bayi...
pemakanan yang seimbang penting untuk membekalkan nutrien dah vitamin yang mencukupi untuk si ibu & jua bayi..

Bagaimana pemakanan yang betul?perlu ke ambil supllement tambahan?


Jom baca panduan pemakanan daripada Kementerian Kesihatan

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :

  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)


Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?


  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian



Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah : (3 - 4hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur


Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam:
  • ½ ketul paha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
  • 1 gelas susu (250ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi



Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?


  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?



  • 87 % daripada susu ibu adalah air.
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas



Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?


  1. Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
  2. Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
  3. Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
  4. Makanan 'tajam' - nanas
  5. Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
  6. Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  7. Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja
  8. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan





Info set Penyusuan Disini

So apa lagi, berminat dengan set Penyusuan??Hubungi saya untuk harga diskaun hanya di Vitamin2u.my;
Jom hubungi saya;
email saya di mamajueshaklee@gmail.com 
SMS/CALL/WHATAPPS: 013 2299 108 
FB Page: Vitamin2u.my