Memaparkan catatan dengan label SLE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SLE. Papar semua catatan

Selasa, 3 September 2013

APA YANG PESAKIT SLE TAK BOLEH AMBIL!!

Hai semua...entry ini adalah sambungan daripada entry :"Shaklee Vivix Membantu Menyembuh SLE" .

Ramai yang bertanya produk shaklee yang mane yang tidak boleh diambil oleh pesakit SLE ni.
So seperti entry yang lepas saya ade bagitahu bahawa Alfalfa, Vitalea, Herblax & Nutriferon tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. Jom tengok apa rationalnya;
  1. SLE tidak boleh mengambil Alfalfa kerana ianya akan mengaktifkan sistem imun badan pesakit. Vitamin yang mempunyai alfalfa adalah Vitalea, Alfalfa , Herblax
  2. SLE tidak boleh mengambil NUTRIFERON. Nutriferon adalah supplement untuk meningkatkan Sistem imun badan. Pesakit SLE sudah sedia ada mempunyai sistem imun badan yang aktif. Pengambilan nutriferon akan menjadikan imun pesakit bertambah-tambah aktif.
setakat ini itu saha ja info yang saya dapat...akan kongsi lagi sekiranya ada info baru yang diperolehi :)

Sementara tu Jom baca testimoni pesakit yang sembuh dari SLE dengan minuman ajaib VIVIX SHAKLEE


Apa lagi jom calling2
✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Khamis, 29 Ogos 2013

SHAKLEE VIVIX MENBANTU MENYEMBUH SLE

Assalamualaikum semua...pagi-pagi ni semangat nak share sebab semalam dah g amik aura orang-orang hebat di shaklee sempena jamuan raya di Shahlee HQ Empire Subang...banyak nak share sebenarnye,,tapi untuk entry kali ni nak share tentang
 "SLE & SHAKLEE"

saya terpanggil untuk menulis tentang entry ini kerana malam tadi dapat tahu x-roomate saya semasa belajar di UiTM dulu sudah 5 tahun mengidap SLE..pelbagai simptom penyakit telah dirasai..terbaru telar menular ke jantung nya..so dengan semangat saya nak buat research tentang SLE ni...Harap dapat membantu yang lain-lain juga...

Artikel dipetik daripada Persatuan SLE Malaysia

Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin berertiserigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)



Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.


SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut
guide-01

  1. Buah pinggang
    • Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
  2. Paru-paru
    • Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).
  3. Sistem saraf
    • SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.
  4. Saluran darah
    • Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
  5. Darah
    • Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.
  6. Jantung
    • Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).
Baca lebih lanjut di panduan pesakit sle

SHAKLEE & SLE

Ada beberapa suplemen yang boleh membantu pesakit SLE. Antaranya, yang saya boleh cadangkan:
  1. VIVIX - kerana Vivix membantu dalam pemulihan sel. Pesakit SLE menghadapi masalah kerana sistem sel badan yang tidak berfungsi secara normal sehingga menjejaskan keadaan pesakit sendiri. VIVIX merupakan produk revolusi dari Shaklee yang membantu memulihkan sel pada peringkat sellular, 
  2. GLA complex - Terdapat kajian yang menunjukkan pesakit SLE kebiasaannya mempunyai paras GLA yang kurang dalam badan. GLA membantu menghasilkan "anti-inflammatory prostaglandin (PGE-1)". Ia mengurangkan aktiviti limfosit dan seterusnya membantu mengurangkan simptom SLE. 
  3. Omegaguard - Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Asian Journal of Pharmacy & Life Sciences menunjukkan pengambilan minyak Omega 3 dapat membantu melambatkan onset pesakit SLE dan membantu meningkatkan jumlah lipid dalam darah pesakit SLE.
  4. Ostematrix - Penggunaan steroid dalam masa yang panjang boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan menyebabkan osteoperosis dikalangan pengidap SLE. Jadi pengambilan kalsium yang lengkap dengan Vitamin D amat penting bagi memastikan pesakit SLE mempunyai bekalan kalsium yang mencukupi. Ingat ye, Vitamin D membantu penyerapan kalsium!!
Perlu diingatkan, ada juga suplemen Shaklee yang TIDAK sesuai untuk pesakit SLE, termasuk Alfalfah, Vitalea, Herblax & Nutriferon!!!!Hubungi saya untuk konsultasi!!

Jom baca perkongsian Master iffah melalui perkongsian oleh Saudari Fauziah Hamzah tentang pengalaman nya sembuh dari penyakit SLE.



Diharap..perkongsian saya ni dapat membantu sesape sahaja yang mencari info tentang penyakit SLE ni..sama-samalah kita memberi sokongan kepada pesakit-pesakit SLE supaya mereka terus melawan penyakit yang dihidapi..



Apa lagi jom calling2
✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini