Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2018

Si anak sedang belajar dari persekitarannya..jangan ditegah!

Assalamualaikum..selamat hujung minggu semua..


Jadi topik hujung minggu ni kita santai-santai je la ye..



Menjadi ibu bapa masa kini sangat mencabar juga. Kita kekurangan masa (dan dana) namun tidak bermakna kita tidak boleh menggembirakan mereka.



Resepi kebahagiaannya adalah, kita perlu mendengar, berusaha sedikit, dan tambahkan pelukan dan kasih-sayang yang tidak bertepi.



Cewah, macam pakar motivasi pulak rase nye..haha



Ramai ibubapa buntu untuk melayan kerenah anak-anak yang semakin lasak. Ada yang hanya memberi gajet supaya si anak leka dan tidak mengganggu.



Cara saya, set timing untuk anak.



Kebiasaannya, bila tidak bersekolah, bukan main cepat & senang lagi budak-budak ni bangun. Kalo waktu sekolah, hai la..nak pujuk bangun pun lame.



Seawal jam 8 pagi, pastikan si anak mengambil sarapan. Sarapan pagi ni penting ye.



Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Dah...jadi pakar pemakanan pulak...haha



Jadi, jangan lupa beri anak-anak sarapan yang seimbang. Ibubapa nye perlu juga sarapan. Jangan pulak, bagi anak makan, si makbapak nye tak makan, diet konon nye.



No..no..no..Sarapan adalah yang paling penting walaupun sedang berdiet.




Selalunya, selepas sarapan barulah saya biarkan anak-anak mandi sendiri. Bukan apa, da makan comot-comot, bia la diorang mandi baru la hansem & cantik.Ye tak.



Saya akan biarkan mereka mandi sendiri bermain air. Tapi jangan lupa tengok pulak.



Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Contohnya: Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!



Selesai mandi, pastinya bilik air tu bersepah. So pembelajaran kedua, mintak si anak kemas bilik air itu seperti keadaan asal.



Sebenarnya, banyak je pembelajaran yang si anak dapat secara tidak langsung cuma ramai ibubapa yang tidak perasan.



Dan yang berlaku, gangguan emosi.. " kenapa bilik air ni bersepah...kenapa main sabun ni..kenapa itu..kenapa ini..." yang mana akan membantutkan pembelajaran si anak.



Dah selesai semua, baru la bagi gajet sekejap atau tengok kartun di TV. Anak-anak perlu juga masa leisure diorang. Selalu nya tak lama, mereka akan bosan dan mula bermain.



Biarla mereka bermain. Dengan bermain otak mereka akan berkembang. Ketika bermain, pelbagai gerakan fizikal dilakukan. Dengan pergerakan ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya.



Oh ya, jangan lupa sediakan snack di tempat yang mudah dicapai. Selepas sakan bermain, mereka pastinya pastinya lapar.



Pembelajaran seterusnya, ajar mereka mengambil makanan sendiri jika lapar. Bukan sahaja si ibu mudah (tak payah ulang alik ke dapur sediakan makanan) si anak dapat belajar berdikari "bila lapar, perlu makan".



Tengahari pula, ajar mereka makan ikut masa. Duduk dimeja makan, makan bersama-sama. Mulakan dengan doa, gunakan tangan kanan dan jangan main sewaktu makan.



Memang susah sikit bab ni, tapi insyaAllah, jika di ajar berulangkali si anak pasti akan ikut.



Jam 2 petang, set kan sebagai waktu tidur. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.



Jam 5 atau 6, bawalah mereka beriadah seketika. Bermain basikal, main kejar-kejar dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.



Jadi kesimpulannya, dalam rutin harian anak-anak, mereka sedang belajar. Jangan ditegah. Kawal lah emosi supaya tidak membantutkan pembelajaran si anak.


Harap artikel ini membantu😊




Sehingga bertemu lagi.



juemuen.




Ahad, 26 Februari 2017

Tips bawa anak kecik berjalan atau makan diluar

Salam hujung minggu semua..
Apa aktiviti korang di hujung minggu??

Bukan mudah nak bawa anak-anak kecik berjalan mahupun makan di luar. Pasti ramai ibubapa yang mempunyai pengalaman yang sama. Ni beberapa Tips sebagai panduan untuk pengalaman yang seronok tanpa rasa stress;

  1. Pastikan anak dapat tidur yang secukupnya sebelum ingin membawa mereka keluar. Tidur yang cukup sangat-sangat penting supaya emosi si anak tidak terganggu kerana terlalu mengantok.
  2. Berikan mereka makan dengan kenyang sebelum keluar. Ini bagi mengelakkan anak nangis sebab perut tak terisi. Dah spoil masa kita nak berjimba2 ye dak.
  3. Beriadah di tempat yang selesa. Nama pun bawa budak kecik. pastikan tempat yang nak dibawa tu ada toilet yang bersih atau nursing room atau changing diaper untuk keperluan anak korang bila poo poo. Pastikan ada taman permainan yang selesa, budak-budak pasti leka bermain dan mood akan jadi ok..
  4. Bawa bekalan makanan. Pergi mana-mana tempat kita tak lari dari 'menunggu'. Tunggu nak sampai destinasi (jammed), tunggu beratur nak bayar makan, parking segala. Tunggu turn nak masuk toilet. Bawalah sekurang-kurangnya biskut tiger, at least die akan leka makan tak de la merengek boring menunggu. 
  5. Bawa juga mainan yang boleh buat anak leka seperti kereta maian kecik. 
Masa kecik ni lah kita dapat meluangkan masa dengan anak-anak, jika mereka dah besar pastinya masing-masing sudah ada perancangan sendiri. Semoga tips ni bermanfaat bagi ibubapa meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tanpa rase stress :) 



Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
✍ : mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Isnin, 20 Februari 2017

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI

Terjumpa satu jadual yang menarik di facebook yang telah viral dan saya rasa ianya sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama di blog ni..

Percaya atai tidak, terpulang pada penilaian anda..tapi bagi saya tak salah mempercayai sesuatu yang baik..setuju tak?

Okay..jom kita baca satu-persatu jadual fisiologi badan berfungsi dibawah ini..

πŸ•”5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

πŸ•–7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

πŸ•˜9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
Elakkan makan dalam waktu ini.

πŸ•š11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

πŸ•1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

πŸ•’3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

πŸ•”5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

πŸ•–7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

πŸ•˜9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

πŸ•š11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan berat badan akan naik mendadak.

πŸ•1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

πŸ•’3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.


Sedar tak sedar..memang ni la rutin kebanyakan orang kan..tapi sipa yang betul-betul disiplin ikut jadual ni? Nak badan sihat..tapi disiplin pemakanan tak jaga..Nak cantik.. tapi kebersihan tak jage..Jadi, apakah usaha anda?

Fikir-fikiran ya!


Jue