Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin C. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mac 2017

Penting ke Vitamin C?


Assalamualaikum Semua...
Bismillahirahmanirahim...

Mulakan hari kita dengan sesuatu yang positive..Moga ia terus kekal positive sepanjang hari :)

Baca The Sun hari ni tentang Vitamin C Selamat..
So hari ni terasa nak cerita tentang keperluan vitamin C dalam kehidupan harian kita..



Semua orang perlukan vitamin C ( yang juga dikenali sebagai ascorbic acid), yang mana sangat-sangat penting untuk badan kita berfungsi. Badan kita sangat memerlukan vitamin C untuk pulih sewaktu terkena jangkitan seperti demam selsema, batuk dll. 

Kajian menunjukkan, keadaan seseorang yang dijangkiti penyakit akan mudah sembuh dan kurang mendapat simtom yang teruk sekiranya konsisten mengambil 1000mg vitamin C setiap hari. Akan tetapi, jumlah keperluan setiap orang adalah tidak sama. Ia dipengaruhi oleh cara hidup dan pemakanan juga. 

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai stress harian yang tinggi, kekerapan merokok yang tinggi atau kerap berjaga malam, memerlukan kadar vitamin C yang tinggi kerana jumlah nutrient yang digunakan lebih banyak untuk mengurangkan jumlah kerosakan dalam badan akibat daripada aktiviti tersebut.  


Jadi, Vitamin C sangat terbukti dengan keupayaannya untuk memperkasakan sistem pertahanan badan terutamanya sel darah putih yang mana ianya adalah komponen penting dalam sistem pertahanan badan manusia. 

Antara sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Jadi, kene lah cari vitamin C ni dalam sumber makanan atau makanan tambahan
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Khamis, 2 Julai 2015

Atasi gusi bengkak dan berdarah dengan shaklee

Punca Gusi Bengkak Dan Berdarah

Kebiasaannya, gusi berdarah disebabkan oleh radang gusi atau lebih dikenali sebagai GINGIVITIS. Jom baca sedikit tentang GINGIVITIS.
Adakah gigi anda berdarah setiap kali menggosok gigi? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan radang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.
Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.
Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.
Selain itu, risiko gingivitis termasuklah diabetes yang tidak dikawal, hamil dan gigi tidak bersih. Gigi yang tidak teratur dan penggunaan alat penjagaan seperti berus gigi atau pendakap gigi tidak bersih boleh juga menjejaskan kesihatan gusi.
Kadangkala pengambilan ubat-ubatan seperti pil pencegah kehamilan juga boleh dikaitkan dengan gingivitis. Satu lagi faktor yang kerap dikaitkan dengan gingivitis adalah diet yang tidak betul, terutama kekurangan vitamin C atau B selain kalsium.
Kalsium misalnya penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Vitamin C membantu mengekalkan integriti tisu yang saling berkait. Ia juga adalah antioksidan yang kuat dalam menangani masalah radikal bebas yang memusnahkan tisu.
Justeru, kekurangan vitamin C membolehkan gingivitis memusnahkan tisu yang menyokong gigi termasuk gusi, ligamen dan tulang alveolar (yang bertindak sebagai soket kepada gigi).
Sumber Maklumat: Berita Harian

Supplement Shaklee Untuk Gusi Bengkak Dan Berdarah

Selain berkumur dengan air garam, minum air kosong yang mencukupi, memberus gigi selepas makan dan memberus dengan betul. Shaklee juga boleh membantu mempertingkatkan kesihatan gigi dan gusi iaitu dengan Vitamin C dan Ostematrix.


Berfungsi untuk memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah.Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


TESTIMONI




Apa lagi jom calling2 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Sabtu, 6 Jun 2015

Kepentingan Vitamin A untuk kanak-kanak

Vitamin A adalah nutrien yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia bagus untuk tumbesaran tulang dan penglihatan yang baik. Vitamin A penting untuk perkembangan sel tisu terutamanya bagi memelihara kulit, rambut dan kuku yang sihat.

Mengikuti usia kanak-kanak yang semakin meningkat, semakin banyak Vitamin A yang diperlukan oleh tubuhnya. Jumlah dos yang disyorkan mengikut saranan pengambilan nutrient Malaysia 2005 (RNI M’sia 2005) adalah.


  • Umur 1 hingga 3 tahun: 400mcg sehari
  • Umur 4 hingga 6 tahun: 450 mcg sehari

Jumlah yang disyorkan di atas tidak wajib diikuti, ia adalah berdasarkan purata pengambilan di dalam seminggu yang disarankan oleh pakar. Anak anda boleh ambil jumlah lebih sekiranya perlu.

Sumber-sumber vitamin A
Sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni adalah antara makanan yang mengandungi zat Vitamin A yang tinggi. Antaranya adalah lobak merah, ubi keledek, bayam dan labu manis. Selain itu, tembikai susu, lada benggala, apricot dan buah mangga juga mempunyai zat Vitamin A yang baik. Susu dan telur juga antara bahan makanan yang diperkayakan dengan Vitamin A. Untuk pengetahuan anda setiap bahan-bahan tersebut memiliki jumlah Vitamin A yang berbeza bergantung kepada jenisnya.


Kesan-kesan sampingan
Pengambilan Vitamin A yang berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan. Kebiasaannya, Vitamin A dari sumber haiwan adalah sumber yang aktif. Pengambilan Vitamin A berlebihan dari sumber tersebut boleh menyebabkan loya, muntah, pening, lemah otot dan pening kepala. Untuk jangka masa yang lama, ianya boleh menjadi faktor-faktor osteoporosis, masalah hati dan kegagalan saraf

Namun bagi Vitamin A dari sumber sayur-sayuran dan buah-buahan ataupun di dalam terma sainsnya, karotenoids, ambillah sebanyak mana yang anda mahu kerana ia bukanlah sumber aktif. Ini kerana tubuh menukarkan sumber Vitamin A aktif apabila ianya diperlukan. Buah-buahan dan sayur-sayuran terkecuali daripada proses tersebut.


Secara dasarnya, waspada dengan pemakanan anak anda. Sentiasa periksa dengan pakar nutrisi atau pakar kanak-kanak sekiranya anda tidak jelas akan sesuatu perkara.

Credit :dutch lady smartmoments


Apa yang saya beri pada anak-anak saya untuk memastikan mereka cukup nutrien dan sentiasa sihat?? 




Baca info-info produck tu dalam entry saya sebelum-sebelum ni ye..tekan je link dekat produck tu :)


Apa lagi jom calling2 
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
: mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Selasa, 2 Jun 2015

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit

Vitamin C adalah satu komponen penting yang harus ada dalam diet anda untuk kulit yang lebih cantik dan cerah. Bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit?


Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi (1,000 – 3,000mgs) boleh membantu untuk mencerahkan kulit. Anda mungkin tertanya-tanya: Boleh ke pengambilan Vitamin C mencerahkan kulit anda? Jawapan ringkasnya adalah; Ya, ia boleh! Tetapi bagaimana sebenarnya Vitamin C mencerahkan kulit kita? Teruskan membaca dan anda akan dapat jawapannya.







Apa itu Vitamin C?
Sebelum saya jelaskan lebih lanjut bagaimana Vitamin C mencerahkan kulit kita; apakah kaitan Vitamin C dengan warna kulit kita, adalah penting untuk mengetahui apa Vitamin C adalah terlebih dahulu.

Vitamin C (juga dikenali sebagai Ascorbic Acid) adalah vitamin larut air, dan diperlukan oleh badan kita untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah. Anda boleh memperolehi dos Vitamin C dari buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya buah-buahan sitrus seperti lemon, limau dan oren. Walaupun ia adalah vitamin, Vitamin C adalah antioksidan. Ini bermakna ia boleh meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan organ-organ lain. Dan kerana hakikat Vitamin C adalah vitamin larut air, ia bertindak di dalam dan di luar sel-sel kita memerangi kerosakan radikal bebas ini.

Vitamin C dan Kulit
Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan kolagen adalah blok yang membina kulit. Kulit kita memperolehi kebaikan dari Vitamin C kerana sifat-sifat uniknya yang membentu kolagen.

Saintis mendapati bahawa protein kolagen memerlukan Vitamin C untuk molekulnya mencapai konfigurasi yang terbaik. Vitamin C mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak (proses yang dipanggil hydroxylation). Vitamin C penting dalam memastikan keutuhan struktur kolagen.

Vitamin C juga membantu menyembuhkan luka.

Dalam satu kajian yang dijalankan, apabila Vitamin C (2000 mg) dan Vitamin E (1,000 IU) diberikan kepada 20 lelaki dan wanita, ketahanan mereka terhadap kulit terbakar akibat matahari meningkat sebanyak 20% selepas 8 hari. Mereka cuma mengalami keradangan dan kerosakan kulit yang sedikit berbanding dengan kumpulan yang tidak mengambil vitamin tersebut; yang menjadi lebih sensitif terhadap sengatan matahari.


Vitamin C Menggalakkan Dua Antioksidan – Glutathione dan Vitamin E
One thing leads to another. Vitamin C bukan sahaja meningkatkan tahap Vitamin C dalam darah kita, ia juga meningkatkan dua antioksidan yang sangat penting iaitu glutathione (sejenis antioksidan utama) dan Vitamin E (antioksidan larut lemak, juga sangat penting untuk kekal awet muda dan menghilangkan parut pada kulit).


Vitamin C Meningkatkan Tahap Glutathione Dalam Darah
Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.


Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian.

Anda perlu mengambil Vitamin C pada dos yang tinggi 1000 – 3000mg setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Jarakkan pengambilan Vitamin C sepanjang hari untuk keberkesanan maksimum. Bagi fungsi ini, Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya adalah Sustained Release di mana Vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan, 100mg setiap sejam untuk memastikan keperluan Vitamin C di dalam badan sentiasa dipenuhi secara berterusan.

Testimoni 








Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/ 
⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
: mamajueshaklee@gmail.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 
 Berminat menjadi ahli keluarga mommybizz?? Income 4 / 5 angka dengan hanya duduk didepan PC? Baca lebih lanjut di entry ini

Rabu, 8 Mei 2013

Vit C 500mg Shaklee Out Of Stock!!!!

Ramai yang bertanya tentang Vit C kami yang Hot ni...maaf banyak-banyak..buat masa sekarang stock nya masih belom sampai di Malaysia...Walaupun Pihak Shaklee telah mengeluarkan notis mengenai ini & di khabarkan stock akan tiba End April, tetapi hingga entry ni di tulis stock nya belom tiba...stock yang masuk hanyalah Chewable Vit C 100mg.



Ok alternatif yang ada sekarang adalah chewable vit c 100mg..vitamin n bukan untuk kanak-kanak sahaje ye...orang dewase pun bole makan..terutama yang susah nak makan pil..


So apa lagi, berminat dengan chewable vit c plus??Hubungi saya untuk harga diskaun hanya di Vitamin2u.my;


Jom hubungi saya;
email saya di mamajueshaklee@gmail.com
SMS/CALL/WHATAPPS: 013 2299 108
FB Page: Vitamin2u.my

Khamis, 18 April 2013

TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN C


 

1 BIJI PIL SHAKLEE BERSAMAAN 7 BIJI BUAH OREN





So, anda berminat ingin mencuba?Hubungi saya melalui;
Add friend/PM : Jumirah Muen
Call/SMS:013-2299108

Rabu, 17 April 2013

Chewable Vitamin C


Siapa perlukan?



Keistimewaan Chewable Vitamin C Shaklee

  • Diperkayakan dengan Rose Hips dan Bioflavonoids


Rose Hips

  • Rose Hip adalah buah bunga mawar. Tumbuhan ini tumbuh sehingga sepuluh kaki tinggi dan mengeluarkan bunga putih, bunganya sangat wangi. Apabila bunga telah mekar dan semua kelopak telah jatuh, buah bunga mawar dipilih dan digunakan untuk pelbagai persediaan.
  • Rose hip adalah sumber terbaik vitamin C; mereka mengandungi vitamin C 50% lebih daripada oren
  • Kerana vitamin C yang tinggi di dalam Rose Hip, ia adalah penggalak sistem imun yang cemerlang, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan untuk mencegah atau merawat selsema.
  • Rose Hip terkenal sebagai vitamin kulit. Ia mempunyai keupayaan untuk membantu menjana semula sel-sel kulit baru. Ini digunakan untuk merawat parut, jerawat dan kesan terbakar
  • Ia juga membantu untuk menjaga kulit anjal dan melembabkannya. Ini bukan sahaja akan mencegah kedutan, tetapi sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan kedutan yang telah muncul jika diamalkan secara konsisten.


Bioflavonoids

  • Bioflavonoids adalah kawan baik Vitamin C. Ia membantu memaksimumkan keberkesanan vitamin C dengan memudahkan penyerapan badan daripada mikronutrien dan juga melindungi daripada pengoksidaan, menurut John D. Kirschmann, pengarang "Nutrition Almanac." Vitamin C yang tulen dan semulajadi sahaja yang mengandungi Biofalvanoids ini, Ia tidak terdapat pada vitamin C yang sintetik/tiruan


Fungsi Vitamin C



Kepentingan Lain

  • Menyokong Sistem Imun yang kuat untuk tubuh badan kita
  • Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C setiap hari mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
  • Vitamin melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.
  • Vitamin C melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari. Bagus untuk perokok juga Vitamin C chewable ini, setiap kunyahan boleh menggantikan 100mg Vitamin C yang hilang.
  • Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen untuk kulit cantik dan sihat
  • Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat.
  • Vitamin C melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Di Perancis, Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids digunakan secara meluas untuk merawat Sakit Puan. Kandungan Flavone mampu menggantikan hormon yang dapat memulihkan masalah period tidak teratur. Ia juga di katakan dapat mencegah keguguran di kalangan ibu mengandung.(*sumber Nutrion Almanac)


Berminat mengetahui lebih lanjut..

Hubungi saya melalui;
Add friend/PM : Jumirah Muen
Call/SMS/WhatsApp:013-2299108

Vitamin C Shaklee


Keistimewaan Vitamin C Shaklee?

  • Vitamin C pertama yang semulajadi dan bertindak secara ‘Sustained release’ (pelepasan masa) di mana ia diserap sedikit demi sedikit untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.


Simptom kekurangan Vitamin C

  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • Weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)


Fungsi Vitamin C

  • Merangsang pembentukan kolagen iaitu bahan asa otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
  • Merawat masalah gusi berdarah, kulit kering dan kasar serta kulit lebam
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Meningkatkan tahap immune system badan
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  • pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma
  • mengurangkan simptom selsema
  • Sumber anti-oksidan untuk kecantikan kulit dan juga melawan sel kanser
  • meningkatkan inteferon semulajadi tubuh (immune system)
  • Melambatkan proses penuaan sel kulit menjadikan kulit lebih awet muda
  • menyekat pembentukkan pigmentasi punca utama jeragat
  • Mengatasi masalah insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Menagwal paras kolestrol dan tekanan darah
  • mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral 
  • Mengelakkan penyakit skurvi yang boleh membawa maut
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan
  • Membantu mengecutkan jerawat dengan cepat (jadikan masker)
  • Melembapkan dan menegangkan kulit kulit
  • Mengecilkan pori menjadikan kulit lebih lembut


Siapa perlukan Vitamin C?

  • Perokok
  • Individu yang mudah stress sebab stress akan memusnahkan Vitamin C dalam badan
  • Wanita yang makan pil perancang sebab pil perancang juga menyerap Vitamin C
  • Individu yang mahu kulit cantik
  • Individu bermasalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit
  • Individu yang inginkan tahap kesihatan yang lebih baik
  • Individu yang bermaslah asthma, allergy, resdung
  • Suami isteri yang sukar mendapatkan zuriat tertutama suami kerana Vitamin C penting untuk pembentukan sel sperma yang sihat