Ahad, 12 Mac 2017

Apam susu untuk minum petang

Assalamualaikum semua..

Hari ni cerita santai-santai je ye...

Bagi ibu-ibu bekerjaya, hujung minggu pastinya sibuk selesaikan kerja rumah..membasuh..menjemur..melipat..

Bagi yang ada anak yang dah bersekolah pula, sibuk menyiapkan keperluan persekolahan..menggosok baju dan sebagainya..

Selesai semua, baru la duduk berehat..tapi sempat ke berehat hehe

Macam saya sendiri, baru nak feeling-feeling tengok cerita Hindi, si anak da mengadu lapar. Salah saya juga. Tengahri tadi tak masak nasi hanya spegeti goreng buat santapan putra puteri.

Di dapur cume ada tepung, telur dan gula. Minyak habis pulak. Sudah nya mengukus la kita.

Meng "google" resepi yang mudah tanpa perlu guna minyak. Maka keluar la resepi Apam susu dari blog Azlita Masam Manis

Resepi die seperti bawa ni:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung ( saya tukar dengan 2 sudu majerin yang dicairkan)
Pewarna yang di sukai
Perasa

caranya sebiji guna yang blog tu ajar sebab tak pernah tak jadi kalau gune resepi kak Azlita tu. 

1. Satukan tepung dan baking powder. lepas tu ayak bagi ringan. Sementara tu panaskan air dalam kukusan. 
2. Masukkan telur, gula, esen vanilla & ovellete dalam mixer dan putar hingga kembang. Ala sampai tukar kaler putih.
3. Lepas telur da kembang, masukkan susu pekat & majerin cair (kalo guna minyak masuk la minyak). 
4. Kemudian baru masukan tepung. 
5. Bila dah sebati, bole la warnakan or letak perisa yang diingini. 
6. Masukan dalam loyang yang di sapu majerin selang seli warna-warna. Ikut suka la kan nak corak apeπŸ˜€
7. Kukus selamat 40 minit atau sampai masak sekata. Nak tahu masak ke tak, cucuk la dengan lidi. 

Lepas 40 minit. angkat dan bole di makan.. 

Macam anak-anak saya, tak sempat sejuk dah suruh potong. So memang tak sempat nak ambil gambar haha.

Lain kali la ye saya ambil gambarπŸ˜€

Sehingga berjumpa lagi.


Sabtu, 11 Mac 2017

Busyuk nya kentut....



Salam hujung minggu semua....

Nampak tak tajuk seram yang saya nak cerita haha..

Saya perasan, selepas konsisten amalkan Ostematrix sebelum tidur, bangun je pagi memang segar badan, senang nak buang air besar dan yang paling ketara minggu pertama tu kentut memang busyuk..

Jadi, terpanggil la nak kaji gak ape sebab kentut bole jadi busyuk...

Kentut adalah campuran udara yang 'ditelan tanpa sengaja', yang kemudiannya masuk ke dalam sistem penghadaman. Ia masuk samada semasa kita bernafas, semasa mengunyah chewing gum ataupun makan dengan terlampau cepat. Udara ini nanti akan bercapur dengan gas yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus (bakteria dalam usus kita semua hasilkan gas semasa ia pecahkan gila dan kanji). Proses pecahan gula dan lemak ni saja dah hasilkan kira-kira 3-6 cawan gas dan gas-gas ini perlu dikeluarkan. Tak boleh simpan dalam perut lama-lama. (sumber : Greenaard )

Ok..faham tak ape yang sumber tu cerita tentang kentut πŸ˜€

Melalui pembacaan saya melalui google..Kentut busyuk ada kaitan dengan masalah kesihatan juga..

Sebagai contoh selepas korang ambik makanan dari produk tenusu (susu, keju, telur), jam-jam tu jugak nak terkentut, dan kebanyakan nya memang akan bau, itu menunjukkan badan ada masalah memproses laktosa (lactose intolerance). 


Dalam keadaan yang lain pula ia boleh jadi petunjuk kepada masalah yang lebih kronik tentang usus ataupun mungkin jangkitan gastroenteritis.Untuk kepastian, pergi la buat pemeriksaan di klinik.

Dalam kebanyakan kes pula, kentut busyuk ni adalah kerana masalah penghadaman antaranya sembelit, masalah usus dll. 


Tapi jangan risau la, ada pernah keluar di harian metro tak ingat tarikh bila, mengatakan kentut busyuk sebenarnya adalah petanda korang mempunyai tahap kesihatan yang baik sebab anda telah mengeluarkan gas dari badan.


Jika sekiranya anda memang mempunyai masalah penghadaman, jangan risau..amalkan je pemakanan bawang putih & halia. Supaya lebih lawas & membantu pembuangan angin dalam badan. 


Sehingga berjumpa lagi!






Isnin, 6 Mac 2017

Penting ke Vitamin C?


Assalamualaikum Semua...
Bismillahirahmanirahim...

Mulakan hari kita dengan sesuatu yang positive..Moga ia terus kekal positive sepanjang hari :)

Baca The Sun hari ni tentang Vitamin C Selamat..
So hari ni terasa nak cerita tentang keperluan vitamin C dalam kehidupan harian kita..



Semua orang perlukan vitamin C ( yang juga dikenali sebagai ascorbic acid), yang mana sangat-sangat penting untuk badan kita berfungsi. Badan kita sangat memerlukan vitamin C untuk pulih sewaktu terkena jangkitan seperti demam selsema, batuk dll. 

Kajian menunjukkan, keadaan seseorang yang dijangkiti penyakit akan mudah sembuh dan kurang mendapat simtom yang teruk sekiranya konsisten mengambil 1000mg vitamin C setiap hari. Akan tetapi, jumlah keperluan setiap orang adalah tidak sama. Ia dipengaruhi oleh cara hidup dan pemakanan juga. 

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai stress harian yang tinggi, kekerapan merokok yang tinggi atau kerap berjaga malam, memerlukan kadar vitamin C yang tinggi kerana jumlah nutrient yang digunakan lebih banyak untuk mengurangkan jumlah kerosakan dalam badan akibat daripada aktiviti tersebut.  


Jadi, Vitamin C sangat terbukti dengan keupayaannya untuk memperkasakan sistem pertahanan badan terutamanya sel darah putih yang mana ianya adalah komponen penting dalam sistem pertahanan badan manusia. 

Antara sebab-sebab untuk kita jadikan vitamin C ini sebagai rutin harian:
  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Jadi, kene lah cari vitamin C ni dalam sumber makanan atau makanan tambahan
  2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C  semasa melakukan aktiviti harian.
  3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
  4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.



Apa lagi jom calling2
 ✉ PM:https://www.facebook.com/vitamin2umy/
 ⌨ Blog: http://juemuen.blogspot.com 
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108 

Ahad, 5 Mac 2017

Kenapa Bayi Lebih Mudah Lena ketika Menyusu??


Assalamualaikum....
Bismillahirahmanirahim...

Ibu-ibu yang menyusukan anak perasan tak, bayi anda lebih mudah lena ketika menyusu berbanding sewaktu tidur tanpa menyusu?? 

Baru menyusu tak sampai lima minit, tiba-tiba bayi sudah lena tidur dengan puting payudara ibu masih di dalam mulut.

Mungkin ada yang tak perasan. Tapi, betul. Bayi akan lebih mudah lena sewaktu menyusu.

Beberapa kajian menyatakan, ini adalah kerana sebab-sebab berikut;

πŸ’Ÿ Posisi penyusuan susu ibu adalah zon yang paling selesa
πŸ’Ÿ Susu Ibu mempunyai rasa manis dengan suhu yang ideal
πŸ’Ÿ Degupan jantung dan kehangatan badan ibu memberikan rasa selamat ditambah dengan belaian kasih sayang seorang ibu

Jadi, ibu- ibu semua.. ni salah satu TIPS nak tidurkan baby tau ! 

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga.

Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Jadi, untuk menjayakan penyusuan, si ibu haruslah lebih kreatif untuk mengejutkan bayi yang tertidur semasa menyusu. 

Ingin mengetahui lebib lanjut tentang set penyusuan shaklee?? Baca entry ini.



Apa lagi..jom calling-caling:
☎ Call/SMS/WhatsApp: 013-2299 108