Sabtu, 7 April 2018

Si anak sedang belajar dari persekitarannya..jangan ditegah!

Assalamualaikum..selamat hujung minggu semua..


Jadi topik hujung minggu ni kita santai-santai je la ye..



Menjadi ibu bapa masa kini sangat mencabar juga. Kita kekurangan masa (dan dana) namun tidak bermakna kita tidak boleh menggembirakan mereka.



Resepi kebahagiaannya adalah, kita perlu mendengar, berusaha sedikit, dan tambahkan pelukan dan kasih-sayang yang tidak bertepi.



Cewah, macam pakar motivasi pulak rase nye..haha



Ramai ibubapa buntu untuk melayan kerenah anak-anak yang semakin lasak. Ada yang hanya memberi gajet supaya si anak leka dan tidak mengganggu.



Cara saya, set timing untuk anak.



Kebiasaannya, bila tidak bersekolah, bukan main cepat & senang lagi budak-budak ni bangun. Kalo waktu sekolah, hai la..nak pujuk bangun pun lame.



Seawal jam 8 pagi, pastikan si anak mengambil sarapan. Sarapan pagi ni penting ye.



Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.



Dah...jadi pakar pemakanan pulak...haha



Jadi, jangan lupa beri anak-anak sarapan yang seimbang. Ibubapa nye perlu juga sarapan. Jangan pulak, bagi anak makan, si makbapak nye tak makan, diet konon nye.



No..no..no..Sarapan adalah yang paling penting walaupun sedang berdiet.




Selalunya, selepas sarapan barulah saya biarkan anak-anak mandi sendiri. Bukan apa, da makan comot-comot, bia la diorang mandi baru la hansem & cantik.Ye tak.



Saya akan biarkan mereka mandi sendiri bermain air. Tapi jangan lupa tengok pulak.



Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Tahukah anda bahawa anak ini sedang mempelajari bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Contohnya: Oh, jika saya tutup lubang ini, air tidak boleh lalu. Maka, bilik air akan dipenuhi air!



Selesai mandi, pastinya bilik air tu bersepah. So pembelajaran kedua, mintak si anak kemas bilik air itu seperti keadaan asal.



Sebenarnya, banyak je pembelajaran yang si anak dapat secara tidak langsung cuma ramai ibubapa yang tidak perasan.



Dan yang berlaku, gangguan emosi.. " kenapa bilik air ni bersepah...kenapa main sabun ni..kenapa itu..kenapa ini..." yang mana akan membantutkan pembelajaran si anak.



Dah selesai semua, baru la bagi gajet sekejap atau tengok kartun di TV. Anak-anak perlu juga masa leisure diorang. Selalu nya tak lama, mereka akan bosan dan mula bermain.



Biarla mereka bermain. Dengan bermain otak mereka akan berkembang. Ketika bermain, pelbagai gerakan fizikal dilakukan. Dengan pergerakan ini, akan meransang pula perkembangan motor halusnya.



Oh ya, jangan lupa sediakan snack di tempat yang mudah dicapai. Selepas sakan bermain, mereka pastinya pastinya lapar.



Pembelajaran seterusnya, ajar mereka mengambil makanan sendiri jika lapar. Bukan sahaja si ibu mudah (tak payah ulang alik ke dapur sediakan makanan) si anak dapat belajar berdikari "bila lapar, perlu makan".



Tengahari pula, ajar mereka makan ikut masa. Duduk dimeja makan, makan bersama-sama. Mulakan dengan doa, gunakan tangan kanan dan jangan main sewaktu makan.



Memang susah sikit bab ni, tapi insyaAllah, jika di ajar berulangkali si anak pasti akan ikut.



Jam 2 petang, set kan sebagai waktu tidur. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.



Jam 5 atau 6, bawalah mereka beriadah seketika. Bermain basikal, main kejar-kejar dan sebagainya. Secara tidak langsung, mereka dapat belajar cara untuk menyesuaikan diri di tempat awam dan cara untuk berkomunikasi dengan orang lain di padang permainan. Secara tidak langsung anak-anak kecil menjadi lebih berdikari dan ceria.



Jadi kesimpulannya, dalam rutin harian anak-anak, mereka sedang belajar. Jangan ditegah. Kawal lah emosi supaya tidak membantutkan pembelajaran si anak.


Harap artikel ini membantušŸ˜Š




Sehingga bertemu lagi.



juemuen.




Jumaat, 6 April 2018

Nutrient harian yang dicadangkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee

Assalamualaikum semua....
Lama betul meninggalkan blog kesayangan ni...kesibukan melanda..

Seperti yang dijanjikan di dalam entry sebelum ni (last posting tahun 2017 hahahaha setahun dah berjanji nye haha maafkan saya), dalam setiap entry akan datang bermula entry ini, saya akan berkongsi dengan lebih terperinci mengenai set-set kesihatan yang diperkenalkan oleh shaklee dalam easy guide yang di cadangkan oleh shaklee..

Jadi, kita mulakan dengan set pertama...iaitu:



Daily essential set atau Set keperluan Nutrient harian ini adalah sama untuk wanita atau lelaki. Kedua-duanya (lelaki dan wanita) memerlukan keperluan  nutrient yang sama untuk keperluan kesihatan yang optimal. 


 Apa yang ada dalam set ni?
Seperti sebelumnya, saya sangat tekankan pengambilan B-Complex, Vitalea Iron dan Vitamin C untuk boost tenaga sepanjang hari. 

Pakar Nutrisi Shaklee mencadangan 5 nutrient asas sebagai energy booster. Selain 3 nutrient yang saya cadangkan, shaklee mencadangkan penambahan protein (ESP) dan Omega sebagai antara nutrient yang penting dalam daily meal kita.. 

Kenapa??

ESP adalah sumber protein dimana salah satu nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. 25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN. Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP bole baca entry ini ya.


So, kenapa pula Omega penting sebagai nutrient harian?
kerana....Omega-3s telah terbukti menurunkan paras Kolesterol Jahat (LDL) dan mengurangkan risiko serangan sakit jantung. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Omega bole baca entry ini ya.


Jadi, minimum B Complex, Vitalea Iron & Vitamin C perlu ada dalam diet harian. Tetapi seeloknya lengkapkan diet harian yang dilengkapi Protein (ESP) dan juga Minyak Ikan (Omega).


Sehingga bertemu lagi..Doakan saya diberi kekuatan menyiapkan artikel-artikel yang seterusnye ye..

~juemuen~



Rabu, 5 Julai 2017

Panduan kesihatan Mudah dari shaklee

Tak ramai yang aware, shaklee telah rebranding baru-baru ini dengan pelancaran "home office" baru yang bertempat di Sunway GEO City dan berkonsepkan retail shop yang lebih user-friendly dan convenient. 



Antara yang menariknya, shaklee juga memperkenalkan produk guide untuk memudahkan para penggunanya memilih produk yang sesuai dengan masalah kesihatan yang berkaitan. 

Di sini saya kongsi sedikit snapshot panduan ringkas terbaru yang shaklee kongsi untuk maanfaat semua...



Di posting akan datang, saya akan terangkan kelebihan setiap set ya!

Jangan lupa klik follow untuk mengetahui info-info terbaru dari saya..
Sehingga berjumpa lagi...


Rabu, 19 April 2017

Pengedar Sah Shaklee Kelana Jaya, Pantai Dalam, Kerinchi, Bangi atau Kajang

Anda berada di kawasan sekitar Kelana Jaya, Pantai Dalam, Kerinchi, Bangi atau Kajang?

Nak beli produk Shaklee dengan segera?

Nak bayar guna CASH dan Penghantaran PERCUMA?
Saya Jumirah Muen adalah Pengedar Sah Shaklee  sejak tahun 2011. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran secara Percuma di kawasan yang di nyatakan diatas...

Macam mana Saya boleh cover kawasan-kawasan di atas untuk COD?

Macam ini ceritanya hehe...Saya tinggal di Taman Sekamat.. Jadi Kawasan berhampiran seperti Taman Mesra, Taman Kasih, Sg Jelok, Saujana Impian, Tesco Kajang, Balakong, AEON Jusco Cheras Selatan memang kawasan COD yang selalu saya pergi..

Kakak-kakak saya tinggal di Kg Dato Abu Bakar, Jadi kawasan Bangi memang akan pergi waktu weekend..

Saya bekerja di Bangsar south, jadi untuk weekday saya memang boleh je COD di Pantai Dalam, Kerinchi, Hillpark, UM, PPUM etc.

Suami saya bekerja di Kelana Jaya, beliau pun turut mebantu saya untuk COD/Post barang..

Jadi, kawan-kawan yang nak beli vitamin Shaklee, bolehlah sms/whatsapp ke 0132299108 atau boleh emel ke jumirah12@gmail.com

Dua Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Dengan Saya?

  • Saya menjamin penghantaran yang cepat ,harga yang menarik serta konsultasi terbaik kepada semua pelanggan saya bagi memastikan anda mendapat manfaat dan kebaikan Shaklee secara optimum.
  • Anda tidak perlu risau, insha Allah anda boleh dapatkan  produk-produk Shaklee dengan segera kerana saya mempunyai READY STOK.