Isnin, 1 Oktober 2018

Ambillah vitamin C untuk kesegaran segera

Secara semula jadi, vitamin C tidak pernah dijumpai sendirian. Makanan yang mengandungi vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk penyerapan vitamin C dan kedua-duanya berfungsi bersama-sama untuk meningkatkan fungsi badan supaya anda berasa sihat setiap hari. Sentiasa pastikan anda mengambil dos vitamin C untuk kesegaran segera bila-bila masa, di mana sahaja!


Vitamin C - komponen penting dalam sistem imun. Ia membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun. 

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

  • Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. 
  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

PERBEZAAN SHAKLEE

  • Rasa sitrus yang hebat.
  • Ditambah dengan serbuk rosehips, bioflavonoid sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C

Sepanjang October 2018, dengan pembelian 2 botol vitamin C Sustained Released, shaklee bagi diskaun 5% tau.. Jom dapatkan sekarang.


Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya;
☎ Call/SMS/WhatsApp: http://www.wasap.my/+60132299108

Selasa, 14 Ogos 2018

Vitamin C Chewable Shaklee kembali di pasaran!!

Vitamin C Chewable Shaklee kembali di pasaran!!

Setelah sekian lama, shaklee dengan jayanya telah mengeluarkan kembali vitamin C Chewable shaklee bermula 10 Ogos 2018 yang lalu. 

Jadi, ape penambahbaikan yang shaklee bawakan kali ni ya...

Chew C under new regulation bukan dalam kategori vitamin kanak kanak. 

Tapi golongan kanak-kanak boleh makan... sama macam Lecitin. Ia bukan dalam kategori vitamin kanak-kanak tapi anak-kanak sekolah boleh amalkan.

Chewable vita-c plus shaklee ditingkatkan formulasinya dengan tambahan citrus bioflavanoid complex dan menjadik antara supplement vitamin c paling lengkap dipasaran.



Untuk baca lebih lanjut tentang kebaikan vitamin c..Bole baca artikel sebelum ni disini ya.

Sehingga berjumpa lagi..

Salam Sayang,

juemuen

Khamis, 3 Mei 2018

Adakah Protein Membuatkan Saya Gemuk?

Assalamualaikum...Selamat Pagi Semua..

Siapa sini rajin amalkan protein dalam diet harian???

Ramai juga yang ragu-ragu minum protein..Adakah Protein Membuatkan Saya Gemuk? 

Jawapannya tidak. Sebaliknya, penggunaan secara konsisten protein berasaskan tumbuhan, rendah indeks glisemik dan protein bukan GMO membantu dalam pengurusan berat badan. 

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat apa yang terkandung dalam Protein ESP Shaklee.


OK, bagaimana protein bukan GMO membantu dalam pengurusan berat badan. berikut adalah kebaikan ESP Shaklee...


So adakah anda masih ragu-ragu lagi untuk minum protein soya non-GMO Shaklee? berubahlah kearah hidup sihat dengan shaklee..

Untuk baca lebih lanjut tentang kebaikan ESP..Bole baca artikel sebelum ni disini ya.


Sehingga berjumpa lagi..

Salam Sayang,

juemuen

Rabu, 25 April 2018

8 cara untuk kelihatan cantik & lebih muda

Assalamualaikum & Selamat Pagi...

Hari ni kita cerita tentang kecantikan ya..

Walaupun kecantikan boleh dicapai dengan mudah melalui kemajuan teknologi masa kini, berapa lamakah ia dapat bertahan?

Selama lebih dari 100 tahun, Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat melalui kuasa alam, dibantu oleh sains. Dengan produk yang selamat, terbukti dan berkesan yang diperolehi dari sumber semula jadi, anda mempunyai akses kepada pemakanan sihat yang menyokong kesihatan berpanjangan dan kecantikan dalaman.

Semua orang ingin kelihatan lebih muda. Sesetengahnya beralih kepada rawatan yang mengasari kulit dan prosedur pembedahan menyakitkan, tetapi itu bukanlah satu-satunya cara yang ada. Kekal muda (dan kelihatan muda) dengan pemadam penuaan yang menakjubkan, ringkas dan mudah diikuti!


Anjal dengan Kolagen
Kolagen dijumpai dengan banyak di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalan. Tanpa blok bangunan ini untuk kulit, krim anti-penuaan anda akan menjadi tidak berkesan. Peningkatan pengambilan kolagen sangat disyorkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tandatanda penuaan. Pengeluarannya meningkat dengan penambahan Vitamin C kerana ia membantu menyambungkan kolagen bersama, meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit. 






Suplement dengan Vitamin C
Vitamin C meningkatkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dirinya sendiri, menghasilkan kulit yang kurang kedutan, dan melembutkan kulit yang kering serta kasar. Ia juga bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga merupakan komponen yang diperlukan dalam penghasilan kolagen di mana ia membantu menyokong kulit yang tegang, lembut, berseri dan sihat.


Guna Set Penjagaan Kulit Yang Betul
Bina kulit yang sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Cari produk yang mengandungi bahan semula jadi, selamat dan terbukti untuk mengekalkan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan supaya anda kelihatan muda setiap hari. Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang dipersoalkan yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan. Amalkan rutin harian penjagaan kulit kerana ianya penting untuk kesihatan kulit yang optimum.



Berikan Diri Anda Urutan Wajah
Urutan wajah digelar sebagai alternatif bukan invasif untuk Botox dan pembedahan. Ia membantu untuk meningkatkan peredaran pada tisu wajah anda, menghasilkan kulit yang sihat bersinar. Ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembut selain menaik dan menguatkan kulit, mengurangkan penampilan sembap dan kedut.

Saya Suka Bersenam 
Bersenam tiga kali atau lebih dalam seminggu membantu mengelakkan kehilangan otot dan menggalakkan tidur yang lebih baik. Suai padan rejim senaman anda dengan menggabungkan senaman kardiovaskular untuk jantung dan paru-paru, latihan rintangan untuk otot, regangan untuk fleksibiliti dan senaman koordinasi untuk keseluruhan kesihatan fizikal.




Minum Air Yang Mencukupi 
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain daripada kelihatan kering dan rasa tegang. Apabila kulit dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung air yang hilang, menyebabkan jerawat, iritasi dan tompok kering. Oleh itu, minumlah dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan bermaya, mengurangkan kedutan dan liang liang pori mengecil.


Perlu Makan Makanan Asid Lemak 
Makanan yang kaya dengan asid lemak penting (asid lemak omega-3 dan omega-6) bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, memperbaiki penampilan kulit yang kelihatan berusia dan letih. Makanlah untuk kulit yang kelihatan lebih muda dengan menambahkan salmon atau ikan berminyak lain, sayuran berdaun, biji benih, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda. Tahukah anda bahawa asid lemak digunakan dalam penjagaan kulit? Bahan-bahan seperti ceramida, minyak zaitun dan minyak jojoba mengandungi asid lemak yang memberikan lembapan dan khasiat kepada kulit.

Hidup Hebat! 
Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuat anda gembira kerana orang gembira pasti kelihatan lebih muda untuk masa yang lebih lama. Bawa kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup anda dengan melakukan perkara-perkara ringkas seperti membeli sarapan untuk rakan sekerja anda, menyanyi untuk kawan-kawan atau menari dengan lagu kegemaran anda. Juga, jangan lupa untuk sentiasa senyum kerana apabila anda tersenyum, seluruh dunia akan tersenyum dengan anda.



Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya;
☎ Call/SMS/WhatsApp: http://www.wasap.my/+60132299108